
.::DENGAN NAMA ALLAH Y MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG::.
.::SELAMAT DATANG KE BLOG AIMAN::.
01 Januari 2010
.::SELAMAT TAHUN BARU::.

coretan dari AiMaN pada 12:27:00 PTG 1 komen
21 Disember 2009
.::SALAM MAAL HIJRAH::.
Alhamdulillah...masih di beri kesempatan untuk meneruskan langkah ke tahun baru ISLAM...
setinggi-tinggi syukur pd mu YA ALLAH...
moga di tahun baru ISLAM kali ini,lebih bermakna dr tahun yg lepas²...
mengharap kan ade perubahan dalam diri,ibadah,agama dan berperanan utk bangsa dan tanah air...Insya'ALLAH...Amin.
coretan dari AiMaN pada 1:45:00 PTG 0 komen
01 Disember 2009
.::TAHNIAH,SEDIH,SERABUT::.
Assalamualaikum...
Tahniah kepada tiga orang kawan ku iaitu Suhaimi B. Sulaiman , Muhamad Hafiz B. Bakri dan Ahmad Faizal Bin Zakaria.
Kepada Suhaimi tahniah kerana telah berjaya diinjabkabulkan dgn pasangan pilihan hati iaitu Syura...tu je aku tau name bini dia...wakaka~.. =))
iaitu pada 21hb November 2009 baru² ini,mereka telah pun selamat diinjabkabulkan dan sekarang telah bergelar suami-isteri yg sah..tahniah²!!!
Kepada Hafiz dan Angoh pula,tahniah ku ucapkan kerana telah berjaya menamatkan diri di latihan Pulapol sebagai anggota polis Malaysia.Moga aw0k orang akan manabur jasa kepada agama,bangsa dan tanahair.Terutama Apiz,tahniah kerana dinobatkan sebagai kawad hormat terbaik,bangga kwn sebagai mmber aw0k,budak² ni pun turut bangga.Alhamdulillah.
Dan semalam,kami sekawan telah mengetahui kemana mereka akan ditugaskan.
Apiz telah ditugaskan ke Miri,Serawak sebagai PGA @ Polis Hutan dan Angoh pula ditugaskan ke IPD Brickfields,Kuala Lumpur sebagai kontinjen jenayah.Moga kedua-dua sahabat ku ini berjaya dlm kerier masing².Moga ALLAH TAALA melindungi dan terus mencurahkan rahmat ke atas hidup mereka.Insya'ALLAH.
Sedih kerana bersengketa dgn sahabat baik lagi cerdik.Adakah persengketaan ini kan berterusan!?YA ALLAH!..selamatkan lah persahabatan kami,hanya pada-Mu kami berlindung.'Aspalela!maaf kan lah ceq neh...ang neh,macam baru kenal je perangai ceq neh.Lagi pun ceq pernah pesan kan kat ang dulu,xtau la takut ang dah lupe.Hmm...'
Serabut!!!serabut sangat dengan kerja.Entah!tiba-tiba jadi serabut.mungkin ada satu perasaan yg xlepas mengganggu.Aku cam tgh rindu kat seseorang yg aku pernah rindu dan aku selalu rindu dulu.Sahabat tertentu sahaja yg memahaminya.Terima kasih.
Sekarang tengah cuba menghindarkan dari serabut lagi.Di sebabkan berlaku sedikit perbahasan mulut antara majikan aku semalam,telah menambahkan keserabutan aku ini.Dugaan!!!
Mak angkat aku,Umie.Teman luahan keserabutan ini.Umie pun jadikan aku tempat luahan isi hati nye,selain anak² kandungnya.Terima kasih ya ALLAH kerana memberi kesempatan kepadaku bertemu dgn insan memahami seperti Umie serta sahabat² lain. :)
Banyak perkara terlepas utk bercerita disini.Kerana terlalu byk memikirkan tentang mase depan.Sukar utk luangkan waktu di ruangan blog ini.Tapi,sekurang²nye tidak terlepas mengetahui tentang teman blogger yg lain. :)
~wassalam~
coretan dari AiMaN pada 3:26:00 PTG 0 komen
09 November 2009
.::ZAMAN DAH BERUBAH::.
Assalamualaikum...
Kelmarin,aku lepak ngan member² aku.Mula aku dah dengar dah sebelum ni ada di antara member² aku dah mula menjinakkan diri masuk kelab malam@pub.Mase tu aku ngan member² aku lepak kat Teluk Cempedak@T.C.Tak semua member² aku ada mase tu.Mase tu pukul 02:30 a.m.Sedang kami lepak,ada dua orang member kami muncul tiba² lalu depan kami kemudian pergi lepak dekat group sebelah kami.Mungkin diorg tak perasan kami,kami bersangka baik.
Kami perhati je gelagat member kami dua org tu,memang lansung tidak perasan kelibat kami kat situ.Sampai lah kami berangkat pulang.bermakna Subuh pagi itu adalah hari Ahad.Kami tak selalu lepak macam tu,kadang-kadang je.Ketika dalam perjalanan pulang,dalam kereta aku tanya member² ý bersama aku,kenapa dgn Epy tu!?buat tak perasan sebab nak lepak ngan gang clubing kat sebelah tu ke atau memang die tak perasan kita!?Member² bagi jawapan 'entah'.
Pada malam hari Ahad itu pula kami lepak sekali lagi,tapi kali ini bukan di T.C.Tapi di rumah member kami,iaitu rumah Joe.Kami berkumpul untuk pergi tengok perlawanan bola bersama-sama.Masa itu jam 20:00 pm iaitu jam 08:00 malam.Perlawanan bola bermula jam 00:00 am.Perlawanan bola di antara kelab Chelsea dan Manchester United.Cerita aku ni linkungan antara sebelum perlawanan bola bermula tu lah.
Member kami ý bernama Epy tu tiba.Mula buka cerita pasal siapa pergi bersih kubur pagi tadi.Aku pon hampeh tak pergi,nama je AJK Belia.Astarghfirullah.0k,carita tu selesai.
Cerita pasal kat T.C malam tadi plak.Die cakap memang die tak prasan lansung,memang tak perasan.0k,aku tanye die dari mana malam tu!?die dgn selambe cakap dari kelab.wah!..
aku tanye siapa lagi pergi!?dia p0n cakap laa beberapa orang antara member² kita.ish³~...
Tiba dia cakap kat aku,'releks ar Leman'..mungkin die cakap macam tu sebab die tengok muka aku lain kot.0k,aku pon cakap lah kat die,dulu ko janji tak nak jejak dah tempat cam tu,ko ingat sendiri lah ko janji dgn siapa.alasan die,die ade sebab kenapa die pergi kelab,0k!terpulanglah aku malas dengar lagi.cuma,sebagai member aku nak pesan sikit....
kalau cakap pasal mati,kalau di tanye kalau di beri pilihan nak ke syurga ke neraka!?
pasti korang ckp nak ke syurga kan,sbb syurga tu indah.
tapi ini ke cara ko nak ke syurga!?
1 lagi,selangkah kaki ko jejak ke tempat maksiat macam tu,seribu langkah malaikat rezeki jauhi diri dari ko.jejak je kaki ko kat tempat macam tu,gelap hati ko.
asbab ko jejak tempat macam tu,tak mustahil anak ko atau cucu ko akan datang,kalau ko di beri umur panjang,mereka juga pasti akan ikut jejak macam ko,aku cakap ni bkn aku cakap ayah ko dulu pergi tempat macam tu,bukan!...tapi,atas hati kita je sebenar nya.
ko nak ke tgk keturunan ko masuk pub!?skrg mungkin ko tak nampak ape sebab aku cakap kat ko macam ni.banyak lagi laa cara nak gembira kan hati selain pergi tempat macam tu.
aku cakap ni sebagai sahabat dan aku juga pesan untuk diri aku.
moga ALLAH TAALA bagi aku kekuatan untuk hindari pergi tempat macam tu.
Iye!...aku tau,trend.zaman dah berubah.aku pon pelik laa kenapa remaja zaman skrg mudah terpengaruh dgn pergi ke kelab² malam ni.nak ke di tarik nyawa sedang asyik berjoget macam orang gila tu.aku cakap derect.aku cakap depan² diorang.tarian macam orang gila.tapi itu lah...mereka peduli apa orang seperti aku nak kata,janji tuan badan menari happy.
Yang aku pelik,member² aku ý dah mula menjinak kan diri pergi kelab malam ni dulu bukan main duk kutuk² orang Melayu pergi kelab.sekarang diorang pulak mengikut jejak.dan satu lagi,alasan diorang,diorang tak minum,tapi hanya sekadar nak berjoget.dulu tarian shutfle lps tu liquid lps tu crumping lps tu c-walk..sekarang tarian Tecktonik pulak.hmm...rosak².
Kuantan dah macam KL.Pub berleluasa.majoriti ý hadir 70% kaum bumiputra.
Aku harap gejala ini tidak merebak di negeri Kelantan dan Terengganu.moga ALLAH TAALA melindungi negeri bertuah itu.Amin.
coretan dari AiMaN pada 8:32:00 PTG 0 komen
.::ULANGTAHUN KELAHIRAN SIAPA!?::.
coretan dari AiMaN pada 8:25:00 PTG 0 komen
29 Oktober 2009
.::PERSENGKETAANKAH INI!?::.

Uuwaa~... ;'(
sdeyh nye..knp misti jd mcm neh....
aku mmg kwn xguna laa...
tu baru aku bace kat shoutmix blog dye,bl0m ag kat myspace...
klau kat myspace xtau ar pew plak dye reply...aku xnak bkk myspace...
Hmm...makin keruh keadaan rupe nye,aku p0n xtau ape harus aku wat ag...
ngeluh panjang aku ble t'bce ayat dye...membuat kan aku wujud kan sesalan,btul!...
aargh~...make my heart touching....sdeyh²... ;'(
xpela...aku p0n bkn jangka mende neh akan jd sampai cam neh skali...
lg p0n aku dah mntx maap pd dye,terpulang lah pd dye nx maap kan aku atau x...
xp,aku hrp dye maap kan aku laa..aku xnak d0sa sbb skt kan ati org...uuwaa~... ;'(
seorang ý aku dah anggap kwn plak tu,kwn baik...wuu'uu...sobs²... :(
mungkin aku rase aku neh baguih sgt k0wt tgur dye,
adoi~...sudah² laa MaN...ubah laa...sudah laa tu cara hal org nye...
'aku bkn nx sgt cara hal org laa,salah kew klau aku sekadar nx beri pendapat!?
sebagai seorg KAWAN!?'
argh~..sudah laa..pendapat kau xguna laa bhai...
bhai!kau bleh ckp pew kau suka,tp kau xfhm hal sbnr nye...
kau xrase....
0k!..fine!..aku mls dah nx cara hal org ag...nyesal!...
aku xnak dah skti ati org ag...cukuplah!!!
---------------------------------------------------------------

Hmm....
pew kah makna kegembiraan apabila berkenalan dgn nya!?
pew kah erti suka bersembang dgn nya!?
pew kah erti teman antara aku dgn nya!?
~WaSsALaM~
coretan dari AiMaN pada 11:28:00 PG 6 komen
24 Oktober 2009
.::::.
Assalamualaikum...
wah!..lme sungguh xm'blogging...
nx ckp mls nx m'blogging,xgak..sbb,perkara pertama bila aku 0n9 ialah aku akan bkk blog aku,and then aku khusya letest post blog² kengkwn ku...
klau aku rase pd aku menarik aku bace...hehe~.. :p
jd,xleh laa ckp aku malas nx m'bloging...
abis!?npe aku xpost new entry!?blank idea!?pale msk air!?nop²!..
aku sibuk...sgt sibuk...lps raya Aidilfitri baru² ni kesibukan terus menghadirkan diri dlm idup ku...hehe~.. :D
Baik xyah buat blog site kalau mls nx update,mls nx post entry!!!
s0 what!?Hei!..ni blog aku ke blog k0!?suke ati limpa jantug aku ar nx m'bloging ke x!?ý k0 sibuk ni pe hal!?
Haha~..itu hanya t0mahan ý sengaje di wujudkan dlm pale 0tak sengal aku neh!...
maaf ye!..jangan ade ý terase plak nanti...xde kaitan dgn sesape p0n...
Hmm..s0!?ape aku nx mula bila sudah lame menyepi kan diri dr m'bloging neh!?
Ha!..tanye laa khabar geng² ý sedang asyik m'bace entry neh!?
Apa habaq geng!? :)
Err..ade ke org bace...haha~.. :p
ala...aku bkn hrp sgt org bace p0n...aku cme sje just nx m'espresikan diri kat site neh je!..
itulah matlamat utama aku wujud kan site blog aku ni...
0k!..dah² jgn melalut panjang...aku pok kang!?k0 ckp k0 nx m'espresikan diri xd kan!?
ha!..pegi²...pegi cpt!...pegi mna!?adoi!...
Hmm...pegi bace entry kwn jap!...mne tau dpt idea lps dr m'bce post entry org...
ahaks.. ;) [nampak sgt ketandusan idea..huh~]
Salam...
coretan dari AiMaN pada 5:20:00 PTG 0 komen
11 September 2009
.::BERBUKA::.
Wah!..sungguh tiada sedikit masa skrg utk update blog,cuma kadang ada sedikit kesempatan singgah di blog kenalan utk mengetahui sedikit perkembangan terbaru...
Entry aku kali ini cerita tentang berbuka puasa...
Minggu lepas,eh! minggu lepas ke!?Hari Ahad baru² ini,06 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430H...tak kira la minggu lps ke minggu ni,aku dan beberapa orang sahabat² terdekat aturkan 'plan' buat majlis berbuka puasa di padang...tp,bkn di padang Masjid Sultan Ahmad Shah yg selalu orang pergi tu,kat padang masjid tu aku dah berbuka dah kat situ dgn keluarga aku puasa kali ini...padang aku dan sahabat² terdekat aku ni berbuka di padang stadium,mula nya 'plan' mmg bercadang nak berbuka di padang masjid sana tu,tetapi keadaan tidak mengizinkan sbb antara sahabat kami ada berniaga di bazar Ramadhan stadium tu,jd nanti terkejar pulak klau nak berbuka di padang masjid yg jauh sayup dr tempat diorang berniaga...
Sebenar nya 'plan' di buat secara mengejut,mlm sebelum tu lps terawih,kami lepak di warung tempat biasa kat kampung kami,mase tu baru la baru kami putus kan nak buat majlis berbuka puasa pd keesokan hari nya...semua angguk kan kepala je...kira ni bukan secara rasmi la kami aturkan majlis berbuka puasa utk kami sekawan pd thn ini...Insya'ALLAH,nanti kalau di izin kan ALLAH,kami tunggu sahabat kami,lagi 2 org pulang ke kampung dlm masa terdekat ni,dan kami akan buat lg 1 majlis berbuka beramai-ramai di mana-mana tempat yg berminat...mmg pada setiap thn kami sekawan akan ada kan majlis berbuka puasa bersama setiap kali bulan Ramadhan...bukan apa,mana tahu mungkin 1 hari nanti kami akan bawa haluan masing²,dan mungkin tiada lagi kesempatan utk bersama...jd,sekurang-kurang nya kami telah cipta 1 kenangan bersama...
di bawah ini aku lampirkan beberapa keping gambar pd hari aku dan sahabat terdekat aku tu berbuka di padang....bukan selalu kami dapat macam ni...
~sebelum 3 org sahabat kami selesai berniaga~~Selamat Berpuasa!!!~
Sebenar nya ramai lagi sahabat kami,lebih kurang 9-10 org yg tidak dapat hadir kan diri walau pun telah di maklum kan.Tak apa,Insya'ALLAH...ada rezeki buat lagi.Sekian.
~WaSsaLaM~
coretan dari AiMaN pada 12:14:00 PTG 2 komen
09 September 2009
04 September 2009
.::ASTARGHFIRULLAH::.
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini teman aku di blog semakin bertambah,Alhamdulillah...
Selamat berkenalan semua... ;)
Tapi,aku bukan nak cite psl teman aku di bl0g,aku nak cite perkara yg bagi aku amat menjijikan,Astarghfirullah halazim...
sememang nya aku tidak sengaja melakukan zina mata di bulan Ramadhan yg mulia ini...
Cerita nya bermula begini...
Mula nya aku sebenar nya ingin mencari perkataan 'Cannibal' utk pastikan ejaan sebenar,buat balas k0men kwn baik aku di MySpace.com.Jadi,tanpa teragak-agak utk mencari ejaan sebenar,aku taip la di ruang 'search' di Google tu 'orang makan orang',Astarghfirullah.Tanpa sengaja,dalam banyak² gambar terpapar,terkeluar lah gambar seorang wanita yg ingin disembelih dalam keadaan tanpa seurat benang.Astarghfirullah.Batalkah puasa aku setelah melihatnya!?Memang,memang benar,sepatut nya aku tak perlu meneruskan 'exploration' aku itu,tapi keingingan aku utk mengetahui apa yg bakal terjadi pd wanita itu amat tinggi.Berfikiran nafsukah aku!?Lalu,aku ter'klip' la pada gambar seorang perempuan dipegang oleh beberapa jantan keparat,yg berhati binatang.Astarghfirullah.Nyawa manusia di umpamakan seperti nyawa binatang.Setalah aku mengetahui apa yg telah terjadi,cepat-cepat aku tutup gambar² tersebut.Lalu aku termenung,memandang kosong ke tingkap.
Benar!dalam dunia ini tiada apa yg mustahil.Ini kali pertama mata ini melihat gambar² kekejaman seperti itu.Perasaan ingin termuntah semua berbaur.Hanya orang yg kuat semangat sqhaja boleh tengok.Tapi,pd aku,kepada umat ISLAM tidak lansung di galakan.Perkara sebegini seharusnya di rujuk kepada ustaz²,alim ulama,dan ahli Tasauf.Mereka lebih arif dalam hal ini.Pasti ada hukumnya.
Ya ALLAH..aku tak sanggup lagi menceritakan nya.Dunia MU ini sudah fana.Kejam nya manusia terhadap manusia.Apakah ini kehendak Mu Ya ALLAH.
Ya ALLAH!Ampunkan dosa hamba Mu ini Ya ALLAH.Ampunkanlah!!! ;'(
~wassalam~
coretan dari AiMaN pada 2:24:00 PTG 2 komen
01 September 2009
.::SALAM KEMERDEKAAN::.
Assalamualaikum...
Selamat Hari Merdeka..semua... :)
Adoi!~..lambat betul aku buat ucapan kemerdekaan...hehe~.. :D
Rupa nya dah 52 thn negara kita merdeka.Rupa nya!?bermakna ada yg masih tidak sedar,negara kita dah 52 thn merdeka.aku lah org nya tu.tidaklah,aku dah sedar lama dah,cuma ayat 'rupanya' tu,saja pakai.baiklah!..cakap psl kemerdekaan,makna sebenar kemerdekaan itu apa!?hmm...kemerdekaan..bebas dari penjajah,harmoni,aman,kemakmuran.ada lagi!?itu saja!?
Mungkin itu makna kemerdekaan.kalau erti nya pula bagaimana!?
Pandangan orang berbeza-beza tentang erti kemerdekaan ini.baik yg kanak-kanak,dewasa serta yg lanjut usia.masing-masing ada pandangan tersendiri tentang erti kemerdekaan.pada aku pula,secara peribadinya.aku telah byk menonton filem,cerita,sketsa atau sebagainya tentang kemedekaan ini.semua ada pengajaran yg sama di sebalik apa yg ingin di sampaikan itu.
Pada malam kemerdekaan tahun ini,aku tidak terlalu ghairah utk menyambutnya.cuma sekadar keluar bersama rakan,duduk minum di salah sebuah restoran di bandar.sehingga lah melihat jam di tangan,detik kemerdekaan telah masuk di ambangnya.suasana juga tidak terlalu meriah,mungkin sebab kemerdekaan kali ini di sambut dalam bulan puasa.
Apa yg aku ingin sampaikan di sini.bagaimana penghayatan sebenar dalam erti kata kemerdekaan ini!?adakah penghayatan kemerdekaan itu dgn merempit!?atau keluar bersama teman ke disko atau pub!?atau melepak di tepi jalan sambil menyaksikan mat rempit-mat rempit beraksi di jalanan!?atau menghadiri konsert anjuran!?bagaimana sebenarnya penhayatan kemerdekaan itu!?atau sekadar ucapan di bibir semata-mata.Selamat Hari Merdeka.pandainya aku berkata-kata.tapi,itulah hakikatnya.secara peribadi nya,semalam aku seoalah macam mentafsir,ada kah diri aku merdeka!?Mungkin.
Apabila melihat,segerombolan budak remaja berjalan kaki di tepi jalan,menuju ke Taman Asplanade.ada yg berkepala botak,ada yg berambut cacak di tengah.apabila aku melihat mereka,seolah-olah aku melihat aku sewaktu ketika dahulu.apa yg mereka perjuangkan!?aku pasti,pasti perjuangan sama seperti aku ketika dahulu.Jiwa memberontak.Entah apa yg di berontakan.pemikiran telah dijajah.bermakna,masih belum merdeka.
Adakah aku sekarang aku yg dulu!?adakah pemikiran aku sekarang masih di jajah seperti dahulu!?masih belum terjawab.kerana jika perjuangan dalam muzik adakah masih di kira belum merdeka!?masih lagi merenung.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...!!!
~wassalam~
coretan dari AiMaN pada 1:44:00 PTG 1 komen
18 Ogos 2009
.::BINATANG PELIHARAAN KU::.
Assalamualaikum...
Hai!~..teman² ku semua..apa khabar kamu semua!?di harap dlm keadaan sihat hendaknya...
Insya'ALLAH... ;)
Hari ini aku ingin berkongsi tentang kehadiran teman baru dlm hidup ku,iaitu arnab...
Haha~..arnab pun boleh di jadikan teman dlm hidup..hmm..tapi tidak salah kan,asal kan hati kita senang dgn apa yg kita lakukan...
Petang kelmarin,iaitu hari Ahad,m0k dan abahku ajak aku pergi kenduri di rumah kenalan nya di Tmn Sri Ku batu 12,kebetulan petang tu aku berada di rumah kerana tidak kemana-mana,jd aku pun mengikuti parents ku ke rumah kenalan nya itu...ada buat doa selamat katanya...
Di pendek kan cerita...ketika hendak pulang,ibu ku terperasan ada beberapa ek0r arnab di dalam sebuah sangkar kayu yg agak besar yg tergeletak di belakang rumah teman nya itu.Aku pun pergilah jenguk,rupa nya mmg ada beberapa ek0r arnab di dlm sangkar kayu itu.Aku mmg suka tgk benda² 'kiut' cam arnab tu.Aku saje je bunyi 'kan best kalu dpt bela seke0r..',sekali tuan rumah tu dgr,lalu mempelawa aku utk mengambil sek0r di antara arnab kepunyaan nya itu.Aku pun dgn muka yg tak berapa nak malu ni,terus pilih yg paling kecik sekali diantara arnab² dlm kandang itu..eh!..kandang ke sangkar!?Ah!..mana² jela..utk ku bawa blk. :p
Nama kenalan ibu aku tu kami adik-beradik panggil beliau Umie je,beliau kira bestfriend pd ibu aku ar,sbb dulu mereka sama² berkerja di sebuah taska berdekatan dgn tempat tinggal keluarga ku skrg...beliau mmg baik hati dan berhalus org nya.
Rupa² nya,arnab yg aku pilih tu arnab kesayangan milik anak bongsu nya,anak bongsu nya yg perempuan,umur lebih kurang 10thn.Alamak!..aku dah berkenan yg tu,adoi!..aku pun ckp laa,'tak pela,tak payah lah ambik,lain kali jela...',sekali Umie ckp,'tak pe Along,nanti ibu die yg besar tu akan beranak lg,tu pun tgh sarat mengandung tu...'.
Aku pun lekas² lah ambil arnab yg aku berkenan tu,masuk kan dlm k0tak dan terus ke kereta,takut² Umie ubah fikiran sruh ambik yg lain...haha~.. :D
Kat umah aku mana ada binatang peliharaan,baik kucing ke hamster ke,tak ada pun.Dulu pernah juga bela kucing..hmm..ibu tak suka,sbb kucing tu suka kencing merata,tak jadi bela,hantar ke kedai mkn berdekatan dgn rumah.
Jadi,ini lah entry aku kali ini,berkenaan dgn arnab.Dekat bawah aku ada sertakan gambar² arnab yg aku dapat dr Umie tu.Kenapa 2 ek0r!?Haha~..sbb,misti laa kena sepasang,baru laa keluarga berkembang...tak gitu!?Hehe~.. ;)
coretan dari AiMaN pada 2:28:00 PG 1 komen
14 Ogos 2009
.::BERKAT::.
Alhamdulillah...baru 7 bulan aku bekerja di syarikat Hai-O ni,gaji aku telah di naikkan sebanyak 2.5% dr gaji sebelum ini.Mungkin selain hasil usaha aku membuat kerja dgn keikhlasan mungkin juga hasil dari keberkatan orang² di sekeliling aku yg mendoakan kejayaan keatas ku.Terutama mak dan abah ku yg tersayang.Terima kasih mak dan abah. :)
Dgn kenaikan gaji ku ini,kerja aku juga telah bertambah.Tp,tdk bermakna kerja aku menjadi susah.Aku harap aku dpt memajukan diri lagi dlm pekerjaan ku supaya aku dpt kahwin cepat..ahaks.. :p tak ada lah,angan² je tu.Haha~.. :D
Dalam setiap kerja kita lakukan misti lah dgn ikhlas kerana ALLAH TAALA,betul tak!?
baru lah hidup kita berkat di sisi ALLAH TAALA.Insya'ALLAH.
~wassalam~
coretan dari AiMaN pada 1:30:00 PTG 0 komen
.::SEMAKIN PULIH::.
Assalamualaikum...
Masih igt tak pd seorang sahabat ku yg pernah terlibat dlm kemalangan pd bln MAC yg pernah ku ceritakan disini!?Alhamdulillah.Dia semakin pulih sekarang.
Baru-baru ini kami sekawan keluar bersama-sama,kami pergi maen game kat Capcom,pergi karaoke,pergi mkn lps tu pergi lepak di tepian pantai di Teluk Cempedak sambil mkn kuaci,di situlah tempat kami selalu riadah di setiap hujung minggu sewaktu ketika dahulu.Aku harap dia seronok.Hmm..ingatan dia msh belum pulih sepenuh nya,dia cuma igt sikit² je.Dia kerap bertanya kan aku tentang kejadian yg menimpa nya itu,sbb aku lah teman nya yg paling rapat yg dia msh igt.Tapi,syukur Alhamdulillah...dia juga msh igt pd teman² rapat nya yg lain.Tidak semua teman² nya sewaktu dia sihat dahulu dia igt nama dan rupa,mungkin pd yg rapat dgn beliau sebelum ini sahaja.Dia tidak seperti dulu lg.Banyak perubahan telah terjadi pd dia,dr segi wajah,perangai dan percakapan.Tapi kami sekawan terima nya dgn redha.Kami harap dia akan pulih sepenuhnya suatu hari nanti,Insya'ALLAH.Kami akan sentiasa doakan moga ALLAH s.w.t pulih kan ingatan sahabat kami itu sepenuhnya.Nanti kalau di izinkan ALLAH TALLA aku nak buat plan berbuka puasa bersama-sama,seperti tahun² sebelum ini,aku hrp ia berjaya lg pd tahun ini dgn sahabat² kami yg jauh juga akan turut serta menghadirkan diri nanti.Kami telah berjanji bahawa kami adalah sahabat sampai mati.
~wassalam~
coretan dari AiMaN pada 12:58:00 PTG 0 komen
11 Ogos 2009
.::Sejarah Berulang Kembali::.
Semua atas kehendak-Nya.Dugaan².
Baru-baru ini aku telah terlibat dlm perlanggaran kereta ketika aku 0utstasi0n ke Kuala Terengganu.Cuaca ketika waktu itu hujan sederhana lebat pada mlm hari,jam lingkungan 9-9:30 mlm,lokasi di Tok Jembal,Kuala Terengganu,jalan raya agak basah.
Bagaiamana kejadian berlaku!?
Ketika itu kebetulan di hadapan sana,jln apa nama aku tak ingat,ada berlaku satu perlanggaran juga.Kelajuan kereta aku bawa ketika itu 40km-50km sejam sahaja.Kereta dihadapan tiba² brek mengejut kerana kereta dihadapan nya juga brek secara mengejut,tetapi pelanggaran berlaku juga mungkin disebabkan jarakan kereta aku dgn kereta hadapan terlalu dekat,antara 10-15 meter sahaja.Walaupun aku telah tekan brek padle sepenuhnya,namun kereta tetap juga menggelongsor ke depan kerana jalan terlalu licin lalu melanggar belakang kerata sebuah kancil di hadapan kereta aku.Buumm!!!
Haha~..cuak tak yah ckp ar beb!..dlm hati macam² doa di baca...lps tu kereta park tepi...
agak teruk gak ar dpn kereta b0ss aku 2..haha~..aku mampu tepuk dahi jerk!.. :p
terangkat bonet dpn kereta b0ss aku tu,bumper dpn hampir gugur,mmpus aku,sah kne pt0ng gaji...huhu~.. ;) kereta b0ss aku bwa tu mahal gak laa...Perdana V6..Jeng³~..brp k0s baik pulih kereta tu agak nya!? :D
~Sekian~
coretan dari AiMaN pada 6:22:00 PTG 0 komen
.::TAHNIAH ADIK KU!::.
Assalamualaikum...
Tanggal 5hb Ogos baru² ini..adik aku no.2,Mohamad Shamsul Amin telah menerima anugerah cerpen pilihan terbaik antara negeri²...cerpen nya telah di anugerah kan jatuh no.2 utk pertandingan peringakat 13-15 tahun antara negeri.Cerpen nya yg betajuk 'Ombak Di Hati' telah di pilih utk di muat kan dlm buku cerpen² pilihan terbaik keluaran Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia.Buku itu bertajuk 'Kunci Gerbang Masa'.Pada aku mngkin itu adalah platf0rm yg baik utk se0rang yg bercita-cita ingin menjadi penulis seperti adik aku seorang ini.Majlis Penyampaian Hadiah Cerpen SM/SR 2008 itu telah di adakan di dewan DBP Kuala Lumpur.Aku tidak dapat menghadirikan diri bersama di konvensyen itu kerana urusan kerja.Apa² pun 'tahniah!' adik ku di atas penganugerahan mu itu,usaha dgn jaya lagi,Insya'ALLAH kamu mampu.Aku tahu kamu seorang adik ku yg berkeyakinan dalam sesuatu hal.Lagi pun,penulisan juga antara pilihan dalam idup mu.Kepada yg tersinggah dan terbaca coretan aku ini,boleh juga menyinggahkan diri di blog adk aku ini.
http://shamsulamin.co.cc/
Sekian.
coretan dari AiMaN pada 12:40:00 PG 0 komen
10 Ogos 2009
.::TERIMBAU::.
Cewah!~..tajuk..cam terimbau kenangan cinta dah rase..
tapi bkn terimbau psl cinta,cerita ini mengenai sebuah perkenalan antara teman...
Ha!..saje nak berk0ngsi cerita...aritu,mse aku ikut b0ss aku 0ut-stasi0n,ada 1 cerita menggelikan hati aku gak ar..tapi,bkn niat aku nak m'aibkan b0ss aku atau sape²...cme nak bercerita...
Hmm..cam ni cite,aku xkenal sgt b0ss aku ni cam mna 0rg nya,maklum lah pekerja baru...yg aku tau beliau se0rang yg garang dan tegas,hehe~.. ;) aritu,sdg beliau asyik m'baca surat khabar di tempat duduk kereta belakang tiba² di campak nya surat khabar tu ke arah aku,aku duduk di sebelah beliau mase tu..b0ss aku ni se0rang perempuan...aku pun pelik lalu bertanya..'kenapa b0ss!?'
tiba² die buat bdn cam meremang,lps tu sebut 'Eee..'.aku pun belek ar satu persatu halaman muka surat khabar tu,0wh!..rupa nya gambar Eguana..b0ss aku pndang je,trus cam geli nak muntah..beliau terus suruh aku buang halaman muka surat yg ada gambar Eguana tu.Lps tu bg blk pd beliau surat khabar tu,se0lah-olah..gambar Eguana tu b0leh mel0mpat keluar dr surat khabar tu je dr segi gelagat beliau.aku gelak kecil je... :)
lps tu,sampai kami di destinasi,kami singgah mkn di sebuah rest0ran di area K.Terengganu tu...Haha~.. :D distitu ada lg cerita mencuit kan hati aku...b0ss aku tu sebut 'Eee..' lagi kuat²..habis 0rg sekeliling pndang dia..masa tu kami 4 0rg,b0ss aku,Manager aku,mmber b0ss aku,Mok La aku panggil dan aku.aku tgk b0ss aku tekup muka,aku pndang sekeliling,ada Eguana ke kat rest0ran ni!?rupa nya cicak...Haha~..lawak²...aku mmpu geleng kepala sambil tahan gelak je...
cicak tu tak ganggu b0ss aku pun,cuma beliau xleh pandang..geli..
mase tu laa aku terimbau kat s0rang mmber aku yg juga geli bila tgk cicak...haha~.. :D perlu ke aku sebut nama dia..haha~.. :p xperlu k0t,kang dia terbaca c0retan aku ni kang bengang lak dia nama dia jd bahan ejekan...tp,bkn nak mengejek,itu lah..ia buat kita t'igt..
aku igt lg mmber aku tu,bila dia nmpak cicak dia trus buat bdn meremang kegelian...mase tu aku baru kenali dia..aku pun apa lg,0h!..lupa nak bg tahu..mmber aku tu perempuan...aku apa lg,nyakat ar dia...
buat² tangkap cicak,lari kearah dia buat² cam cicak tu ada pd tgn kit0rg..bertempiaran mmber aku tu lari sambil terjerit-jerit..haha~..aku igt lg..Asapalela²..Ops!~..t'lps lak nama,ahaks.. :p
Hmm..kenapa kit0rg!?sbb mse tu aku rapat 3 org...aku ; mmber aku yg geli tgk cicak tu dan dia,sapa dia tu!?seorang yg pernah m'jd kwn baik aku sewaktu ketika dulu.
Hmm...maaf kalau cerita aku kali ni m'bosankan..saje nak m'c0ret,mngkin sbb xde byk bahan utk di coret...xpe,ade lg..sambung kat atas..Taniah Adik Ku..
coretan dari AiMaN pada 11:25:00 PTG 0 komen
05 Jun 2009
.::BERTUAHNYA AKU::.
~p0se je ni,xti0p p0n lilin 2..hehe.. ;)~
~ucapan trima kasih ku kepada keluargaku y tercinta (~,^)~
coretan dari AiMaN pada 7:48:00 PG 1 komen
04 Jun 2009
.::HARI INI ADALAH HARI KAU::.(puisi)
coretan dari AiMaN pada 12:14:00 PG 0 komen
25 Mei 2009
.::TERUBAT RINDU::.
Assalamualaikum...
syukur Alhamdulillah...ALLAH s.w.t masih memberi aku kesempatan utk bertemu dgn seorg sahabat lama ku y agak lama aku tidak ketemui...
agak rindu sekali sama dia...
setelah kami bertemu,bermacam-macam cerita kami berkongsi bersama...
berterima kasih juga aku kepada sahabat aku,FATIN..kerana dia lah y memberi tahu aku tentang sahabat lama aku tu..terima kasih FATIN...
aku memang tidak menjangka y aku akan dapat bertemu dgn sahabat lama aku tu...
memang ALLAH s.w.t MAHA PENGASIH...kerana DIA kami bertemu kembali...
rindu ku pada sahabat lama ku itu kini telah terubat...
cuma ada sedikit kejanggalan..mungkin kerana sebab kami lama tidak bertemu dan bersua...
aku harap kami dapat seperti dulu kembali...
~WaSSaLaM~
coretan dari AiMaN pada 10:28:00 PTG 0 komen








