.::KATA SAPAAN DARI AIMAN::.

.::DENGAN NAMA ALLAH Y MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG::.

.::SELAMAT DATANG KE BLOG AIMAN::.

~'MENDENGAR' ; 'MEMIKIR' ; 'MENULIS' KEMUDIAN 'MERENUNG' ITULAH SAYA,MOHD SULAIMAN~

01 September 2009

.::SALAM KEMERDEKAAN::.

Assalamualaikum...
Selamat Hari Merdeka..semua... :)


Adoi!~..lambat betul aku buat ucapan kemerdekaan...hehe~.. :D

Rupa nya dah 52 thn negara kita merdeka.Rupa nya!?bermakna ada yg masih tidak sedar,negara kita dah 52 thn merdeka.aku lah org nya tu.tidaklah,aku dah sedar lama dah,cuma ayat 'rupanya' tu,saja pakai.baiklah!..cakap psl kemerdekaan,makna sebenar kemerdekaan itu apa!?hmm...kemerdekaan..bebas dari penjajah,harmoni,aman,kemakmuran.ada lagi!?itu saja!?

Mungkin itu makna kemerdekaan.kalau erti nya pula bagaimana!?

Pandangan orang berbeza-beza tentang erti kemerdekaan ini.baik yg kanak-kanak,dewasa serta yg lanjut usia.masing-masing ada pandangan tersendiri tentang erti kemerdekaan.pada aku pula,secara peribadinya.aku telah byk menonton filem,cerita,sketsa atau sebagainya tentang kemedekaan ini.semua ada pengajaran yg sama di sebalik apa yg ingin di sampaikan itu.

Pada malam kemerdekaan tahun ini,aku tidak terlalu ghairah utk menyambutnya.cuma sekadar keluar bersama rakan,duduk minum di salah sebuah restoran di bandar.sehingga lah melihat jam di tangan,detik kemerdekaan telah masuk di ambangnya.suasana juga tidak terlalu meriah,mungkin sebab kemerdekaan kali ini di sambut dalam bulan puasa.

Apa yg aku ingin sampaikan di sini.bagaimana penghayatan sebenar dalam erti kata kemerdekaan ini!?adakah penghayatan kemerdekaan itu dgn merempit!?atau keluar bersama teman ke disko atau pub!?atau melepak di tepi jalan sambil menyaksikan mat rempit-mat rempit beraksi di jalanan!?atau menghadiri konsert anjuran!?bagaimana sebenarnya penhayatan kemerdekaan itu!?atau sekadar ucapan di bibir semata-mata.Selamat Hari Merdeka.pandainya aku berkata-kata.tapi,itulah hakikatnya.secara peribadi nya,semalam aku seoalah macam mentafsir,ada kah diri aku merdeka!?Mungkin.

Apabila melihat,segerombolan budak remaja berjalan kaki di tepi jalan,menuju ke Taman Asplanade.ada yg berkepala botak,ada yg berambut cacak di tengah.apabila aku melihat mereka,seolah-olah aku melihat aku sewaktu ketika dahulu.apa yg mereka perjuangkan!?aku pasti,pasti perjuangan sama seperti aku ketika dahulu.Jiwa memberontak.Entah apa yg di berontakan.pemikiran telah dijajah.bermakna,masih belum merdeka.

Adakah aku sekarang aku yg dulu!?adakah pemikiran aku sekarang masih di jajah seperti dahulu!?masih belum terjawab.kerana jika perjuangan dalam muzik adakah masih di kira belum merdeka!?masih lagi merenung.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...!!!

~wassalam~

1 komen:

en_me berkata...

salam merdeka abang aiman ittewww..