.::KATA SAPAAN DARI AIMAN::.

.::DENGAN NAMA ALLAH Y MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG::.

.::SELAMAT DATANG KE BLOG AIMAN::.

~'MENDENGAR' ; 'MEMIKIR' ; 'MENULIS' KEMUDIAN 'MERENUNG' ITULAH SAYA,MOHD SULAIMAN~

21 Disember 2009

.::SALAM MAAL HIJRAH::.

~MAAL HIJRAH 1431~
SaLaM MaaL HiJRaH...!!!
Alhamdulillah...masih di beri kesempatan untuk meneruskan langkah ke tahun baru ISLAM...
setinggi-tinggi syukur pd mu YA ALLAH...
moga di tahun baru ISLAM kali ini,lebih bermakna dr tahun yg lepas²...
mengharap kan ade perubahan dalam diri,ibadah,agama dan berperanan utk bangsa dan tanah air...Insya'ALLAH...Amin.

01 Disember 2009

.::TAHNIAH,SEDIH,SERABUT::.

Assalamualaikum...

Tahniah kepada tiga orang kawan ku iaitu Suhaimi B. Sulaiman , Muhamad Hafiz B. Bakri dan Ahmad Faizal Bin Zakaria.

Kepada Suhaimi tahniah kerana telah berjaya diinjabkabulkan dgn pasangan pilihan hati iaitu Syura...tu je aku tau name bini dia...wakaka~.. =))
iaitu pada 21hb November 2009 baru² ini,mereka telah pun selamat diinjabkabulkan dan sekarang telah bergelar suami-isteri yg sah..tahniah²!!!

Kepada Hafiz dan Angoh pula,tahniah ku ucapkan kerana telah berjaya menamatkan diri di latihan Pulapol sebagai anggota polis Malaysia.Moga aw0k orang akan manabur jasa kepada agama,bangsa dan tanahair.Terutama Apiz,tahniah kerana dinobatkan sebagai kawad hormat terbaik,bangga kwn sebagai mmber aw0k,budak² ni pun turut bangga.Alhamdulillah.
Dan semalam,kami sekawan telah mengetahui kemana mereka akan ditugaskan.
Apiz telah ditugaskan ke Miri,Serawak sebagai PGA @ Polis Hutan dan Angoh pula ditugaskan ke IPD Brickfields,Kuala Lumpur sebagai kontinjen jenayah.Moga kedua-dua sahabat ku ini berjaya dlm kerier masing².Moga ALLAH TAALA melindungi dan terus mencurahkan rahmat ke atas hidup mereka.Insya'ALLAH.

Sedih kerana bersengketa dgn sahabat baik lagi cerdik.Adakah persengketaan ini kan berterusan!?YA ALLAH!..selamatkan lah persahabatan kami,hanya pada-Mu kami berlindung.'Aspalela!maaf kan lah ceq neh...ang neh,macam baru kenal je perangai ceq neh.Lagi pun ceq pernah pesan kan kat ang dulu,xtau la takut ang dah lupe.Hmm...'

Serabut!!!serabut sangat dengan kerja.Entah!tiba-tiba jadi serabut.mungkin ada satu perasaan yg xlepas mengganggu.Aku cam tgh rindu kat seseorang yg aku pernah rindu dan aku selalu rindu dulu.Sahabat tertentu sahaja yg memahaminya.Terima kasih.
Sekarang tengah cuba menghindarkan dari serabut lagi.Di sebabkan berlaku sedikit perbahasan mulut antara majikan aku semalam,telah menambahkan keserabutan aku ini.Dugaan!!!

Mak angkat aku,Umie.Teman luahan keserabutan ini.Umie pun jadikan aku tempat luahan isi hati nye,selain anak² kandungnya.Terima kasih ya ALLAH kerana memberi kesempatan kepadaku bertemu dgn insan memahami seperti Umie serta sahabat² lain. :)

Banyak perkara terlepas utk bercerita disini.Kerana terlalu byk memikirkan tentang mase depan.Sukar utk luangkan waktu di ruangan blog ini.Tapi,sekurang²nye tidak terlepas mengetahui tentang teman blogger yg lain. :)

~wassalam~

09 November 2009

.::ZAMAN DAH BERUBAH::.

Assalamualaikum...



Kelmarin,aku lepak ngan member² aku.Mula aku dah dengar dah sebelum ni ada di antara member² aku dah mula menjinakkan diri masuk kelab malam@pub.Mase tu aku ngan member² aku lepak kat Teluk Cempedak@T.C.Tak semua member² aku ada mase tu.Mase tu pukul 02:30 a.m.Sedang kami lepak,ada dua orang member kami muncul tiba² lalu depan kami kemudian pergi lepak dekat group sebelah kami.Mungkin diorg tak perasan kami,kami bersangka baik.

Kami perhati je gelagat member kami dua org tu,memang lansung tidak perasan kelibat kami kat situ.Sampai lah kami berangkat pulang.bermakna Subuh pagi itu adalah hari Ahad.Kami tak selalu lepak macam tu,kadang-kadang je.Ketika dalam perjalanan pulang,dalam kereta aku tanya member² ý bersama aku,kenapa dgn Epy tu!?buat tak perasan sebab nak lepak ngan gang clubing kat sebelah tu ke atau memang die tak perasan kita!?Member² bagi jawapan 'entah'.

Pada malam hari Ahad itu pula kami lepak sekali lagi,tapi kali ini bukan di T.C.Tapi di rumah member kami,iaitu rumah Joe.Kami berkumpul untuk pergi tengok perlawanan bola bersama-sama.Masa itu jam 20:00 pm iaitu jam 08:00 malam.Perlawanan bola bermula jam 00:00 am.Perlawanan bola di antara kelab Chelsea dan Manchester United.Cerita aku ni linkungan antara sebelum perlawanan bola bermula tu lah.

Member kami ý bernama Epy tu tiba.Mula buka cerita pasal siapa pergi bersih kubur pagi tadi.Aku pon hampeh tak pergi,nama je AJK Belia.Astarghfirullah.0k,carita tu selesai.
Cerita pasal kat T.C malam tadi plak.Die cakap memang die tak prasan lansung,memang tak perasan.0k,aku tanye die dari mana malam tu!?die dgn selambe cakap dari kelab.wah!..
aku tanye siapa lagi pergi!?dia p0n cakap laa beberapa orang antara member² kita.ish³~...

Tiba dia cakap kat aku,'releks ar Leman'..mungkin die cakap macam tu sebab die tengok muka aku lain kot.0k,aku pon cakap lah kat die,dulu ko janji tak nak jejak dah tempat cam tu,ko ingat sendiri lah ko janji dgn siapa.alasan die,die ade sebab kenapa die pergi kelab,0k!terpulanglah aku malas dengar lagi.cuma,sebagai member aku nak pesan sikit....
kalau cakap pasal mati,kalau di tanye kalau di beri pilihan nak ke syurga ke neraka!?
pasti korang ckp nak ke syurga kan,sbb syurga tu indah.
tapi ini ke cara ko nak ke syurga!?
1 lagi,selangkah kaki ko jejak ke tempat maksiat macam tu,seribu langkah malaikat rezeki jauhi diri dari ko.jejak je kaki ko kat tempat macam tu,gelap hati ko.
asbab ko jejak tempat macam tu,tak mustahil anak ko atau cucu ko akan datang,kalau ko di beri umur panjang,mereka juga pasti akan ikut jejak macam ko,aku cakap ni bkn aku cakap ayah ko dulu pergi tempat macam tu,bukan!...tapi,atas hati kita je sebenar nya.
ko nak ke tgk keturunan ko masuk pub!?skrg mungkin ko tak nampak ape sebab aku cakap kat ko macam ni.banyak lagi laa cara nak gembira kan hati selain pergi tempat macam tu.
aku cakap ni sebagai sahabat dan aku juga pesan untuk diri aku.
moga ALLAH TAALA bagi aku kekuatan untuk hindari pergi tempat macam tu.

Iye!...aku tau,trend.zaman dah berubah.aku pon pelik laa kenapa remaja zaman skrg mudah terpengaruh dgn pergi ke kelab² malam ni.nak ke di tarik nyawa sedang asyik berjoget macam orang gila tu.aku cakap derect.aku cakap depan² diorang.tarian macam orang gila.tapi itu lah...mereka peduli apa orang seperti aku nak kata,janji tuan badan menari happy.

Yang aku pelik,member² aku ý dah mula menjinak kan diri pergi kelab malam ni dulu bukan main duk kutuk² orang Melayu pergi kelab.sekarang diorang pulak mengikut jejak.dan satu lagi,alasan diorang,diorang tak minum,tapi hanya sekadar nak berjoget.dulu tarian shutfle lps tu liquid lps tu crumping lps tu c-walk..sekarang tarian Tecktonik pulak.hmm...rosak².

Kuantan dah macam KL.Pub berleluasa.majoriti ý hadir 70% kaum bumiputra.
Aku harap gejala ini tidak merebak di negeri Kelantan dan Terengganu.moga ALLAH TAALA melindungi negeri bertuah itu.Amin.

.::ULANGTAHUN KELAHIRAN SIAPA!?::.



ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN NOR KHALILAH BT SUDIN...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
'SeLaMaT mEnYaMbUt uLaNgThN kELaHiRaN ý kE-21,SaHaBaTkU..!!!'
Doa ceq,moga ALLAH TAALA terus memberkati hidup hang dan keluarga.Amin. (^.~)
*08 NOVEMBER adalah hari sahabat aku itu bkn hari ini.Hehe~ ;)

29 Oktober 2009

.::PERSENGKETAANKAH INI!?::.



Uuwaa~... ;'(
sdeyh nye..knp misti jd mcm neh....
aku mmg kwn xguna laa...
tu baru aku bace kat shoutmix blog dye,bl0m ag kat myspace...
klau kat myspace xtau ar pew plak dye reply...aku xnak bkk myspace...
Hmm...makin keruh keadaan rupe nye,aku p0n xtau ape harus aku wat ag...
ngeluh panjang aku ble t'bce ayat dye...membuat kan aku wujud kan sesalan,btul!...
aargh~...make my heart touching....sdeyh²... ;'(

xpela...aku p0n bkn jangka mende neh akan jd sampai cam neh skali...
lg p0n aku dah mntx maap pd dye,terpulang lah pd dye nx maap kan aku atau x...

memang lah ucap perkataan maaf itu mudah...dlm ati siapa taw...
xp,aku hrp dye maap kan aku laa..aku xnak d0sa sbb skt kan ati org...uuwaa~... ;'(
seorang ý aku dah anggap kwn plak tu,kwn baik...wuu'uu...sobs²... :(

mungkin aku rase aku neh baguih sgt k0wt tgur dye,
adoi~...sudah² laa MaN...ubah laa...sudah laa tu cara hal org nye...
'aku bkn nx sgt cara hal org laa,salah kew klau aku sekadar nx beri pendapat!?
sebagai seorg KAWAN!?'

argh~..sudah laa..pendapat kau xguna laa bhai...
bhai!kau bleh ckp pew kau suka,tp kau xfhm hal sbnr nye...
kau xrase....

0k!..fine!..aku mls dah nx cara hal org ag...nyesal!...
aku xnak dah skti ati org ag...cukuplah!!!

---------------------------------------------------------------



Hmm....
pew kah makna kegembiraan apabila berkenalan dgn nya!?
pew kah erti suka bersembang dgn nya!?
pew kah erti teman antara aku dgn nya!?


~WaSsALaM~

24 Oktober 2009

.::::.

Assalamualaikum...

wah!..lme sungguh xm'blogging...
nx ckp mls nx m'blogging,xgak..sbb,perkara pertama bila aku 0n9 ialah aku akan bkk blog aku,and then aku khusya letest post blog² kengkwn ku...
klau aku rase pd aku menarik aku bace...hehe~.. :p
jd,xleh laa ckp aku malas nx m'bloging...
abis!?npe aku xpost new entry!?blank idea!?pale msk air!?nop²!..
aku sibuk...sgt sibuk...lps raya Aidilfitri baru² ni kesibukan terus menghadirkan diri dlm idup ku...hehe~.. :D

Baik xyah buat blog site kalau mls nx update,mls nx post entry!!!

s0 what!?Hei!..ni blog aku ke blog k0!?suke ati limpa jantug aku ar nx m'bloging ke x!?ý k0 sibuk ni pe hal!?

Haha~..itu hanya t0mahan ý sengaje di wujudkan dlm pale 0tak sengal aku neh!...
maaf ye!..jangan ade ý terase plak nanti...xde kaitan dgn sesape p0n...

Hmm..s0!?ape aku nx mula bila sudah lame menyepi kan diri dr m'bloging neh!?
Ha!..tanye laa khabar geng² ý sedang asyik m'bace entry neh!?

Apa habaq geng!? :)
Err..ade ke org bace...haha~.. :p
ala...aku bkn hrp sgt org bace p0n...aku cme sje just nx m'espresikan diri kat site neh je!..
itulah matlamat utama aku wujud kan site blog aku ni...
0k!..dah² jgn melalut panjang...aku pok kang!?k0 ckp k0 nx m'espresikan diri xd kan!?
ha!..pegi²...pegi cpt!...pegi mna!?adoi!...
Hmm...pegi bace entry kwn jap!...mne tau dpt idea lps dr m'bce post entry org...
ahaks.. ;) [nampak sgt ketandusan idea..huh~]

Salam...

11 September 2009

.::BERBUKA::.

Assalamualaikum...
Wah!..sungguh tiada sedikit masa skrg utk update blog,cuma kadang ada sedikit kesempatan singgah di blog kenalan utk mengetahui sedikit perkembangan terbaru...

Entry aku kali ini cerita tentang berbuka puasa...

Minggu lepas,eh! minggu lepas ke!?Hari Ahad baru² ini,06 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430H...tak kira la minggu lps ke minggu ni,aku dan beberapa orang sahabat² terdekat aturkan 'plan' buat majlis berbuka puasa di padang...tp,bkn di padang Masjid Sultan Ahmad Shah yg selalu orang pergi tu,kat padang masjid tu aku dah berbuka dah kat situ dgn keluarga aku puasa kali ini...padang aku dan sahabat² terdekat aku ni berbuka di padang stadium,mula nya 'plan' mmg bercadang nak berbuka di padang masjid sana tu,tetapi keadaan tidak mengizinkan sbb antara sahabat kami ada berniaga di bazar Ramadhan stadium tu,jd nanti terkejar pulak klau nak berbuka di padang masjid yg jauh sayup dr tempat diorang berniaga...
Sebenar nya 'plan' di buat secara mengejut,mlm sebelum tu lps terawih,kami lepak di warung tempat biasa kat kampung kami,mase tu baru la baru kami putus kan nak buat majlis berbuka puasa pd keesokan hari nya...semua angguk kan kepala je...kira ni bukan secara rasmi la kami aturkan majlis berbuka puasa utk kami sekawan pd thn ini...Insya'ALLAH,nanti kalau di izin kan ALLAH,kami tunggu sahabat kami,lagi 2 org pulang ke kampung dlm masa terdekat ni,dan kami akan buat lg 1 majlis berbuka beramai-ramai di mana-mana tempat yg berminat...mmg pada setiap thn kami sekawan akan ada kan majlis berbuka puasa bersama setiap kali bulan Ramadhan...bukan apa,mana tahu mungkin 1 hari nanti kami akan bawa haluan masing²,dan mungkin tiada lagi kesempatan utk bersama...jd,sekurang-kurang nya kami telah cipta 1 kenangan bersama...
0k!..aku malas nak merapu lebih²...nanti kata nya aku syok sendiri plak...haha~ :D
di bawah ini aku lampirkan beberapa keping gambar pd hari aku dan sahabat terdekat aku tu berbuka di padang....bukan selalu kami dapat macam ni...



~sebelum 3 org sahabat kami selesai berniaga~

~mcm berkelah di tepi pantai je..hehe~
~3 org sahabat kami telah selesai berniaga telah menghadir kan diri~

~bazar Ramadhan kat blakang tu je,nampak tak!?~

~Selamat Berpuasa!!!~

Sebenar nya ramai lagi sahabat kami,lebih kurang 9-10 org yg tidak dapat hadir kan diri walau pun telah di maklum kan.Tak apa,Insya'ALLAH...ada rezeki buat lagi.Sekian.

~WaSsaLaM~

09 September 2009

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

04 September 2009

.::ASTARGHFIRULLAH::.

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini teman aku di blog semakin bertambah,Alhamdulillah...
Selamat berkenalan semua... ;)
Tapi,aku bukan nak cite psl teman aku di bl0g,aku nak cite perkara yg bagi aku amat menjijikan,Astarghfirullah halazim...
sememang nya aku tidak sengaja melakukan zina mata di bulan Ramadhan yg mulia ini...

Cerita nya bermula begini...

Mula nya aku sebenar nya ingin mencari perkataan 'Cannibal' utk pastikan ejaan sebenar,buat balas k0men kwn baik aku di MySpace.com.Jadi,tanpa teragak-agak utk mencari ejaan sebenar,aku taip la di ruang 'search' di Google tu 'orang makan orang',Astarghfirullah.Tanpa sengaja,dalam banyak² gambar terpapar,terkeluar lah gambar seorang wanita yg ingin disembelih dalam keadaan tanpa seurat benang.Astarghfirullah.Batalkah puasa aku setelah melihatnya!?Memang,memang benar,sepatut nya aku tak perlu meneruskan 'exploration' aku itu,tapi keingingan aku utk mengetahui apa yg bakal terjadi pd wanita itu amat tinggi.Berfikiran nafsukah aku!?Lalu,aku ter'klip' la pada gambar seorang perempuan dipegang oleh beberapa jantan keparat,yg berhati binatang.Astarghfirullah.Nyawa manusia di umpamakan seperti nyawa binatang.Setalah aku mengetahui apa yg telah terjadi,cepat-cepat aku tutup gambar² tersebut.Lalu aku termenung,memandang kosong ke tingkap.

Benar!dalam dunia ini tiada apa yg mustahil.Ini kali pertama mata ini melihat gambar² kekejaman seperti itu.Perasaan ingin termuntah semua berbaur.Hanya orang yg kuat semangat sqhaja boleh tengok.Tapi,pd aku,kepada umat ISLAM tidak lansung di galakan.Perkara sebegini seharusnya di rujuk kepada ustaz²,alim ulama,dan ahli Tasauf.Mereka lebih arif dalam hal ini.Pasti ada hukumnya.

Ya ALLAH..aku tak sanggup lagi menceritakan nya.Dunia MU ini sudah fana.Kejam nya manusia terhadap manusia.Apakah ini kehendak Mu Ya ALLAH.
Ya ALLAH!Ampunkan dosa hamba Mu ini Ya ALLAH.Ampunkanlah!!! ;'(

~wassalam~

01 September 2009

.::SALAM KEMERDEKAAN::.

Assalamualaikum...
Selamat Hari Merdeka..semua... :)


Adoi!~..lambat betul aku buat ucapan kemerdekaan...hehe~.. :D

Rupa nya dah 52 thn negara kita merdeka.Rupa nya!?bermakna ada yg masih tidak sedar,negara kita dah 52 thn merdeka.aku lah org nya tu.tidaklah,aku dah sedar lama dah,cuma ayat 'rupanya' tu,saja pakai.baiklah!..cakap psl kemerdekaan,makna sebenar kemerdekaan itu apa!?hmm...kemerdekaan..bebas dari penjajah,harmoni,aman,kemakmuran.ada lagi!?itu saja!?

Mungkin itu makna kemerdekaan.kalau erti nya pula bagaimana!?

Pandangan orang berbeza-beza tentang erti kemerdekaan ini.baik yg kanak-kanak,dewasa serta yg lanjut usia.masing-masing ada pandangan tersendiri tentang erti kemerdekaan.pada aku pula,secara peribadinya.aku telah byk menonton filem,cerita,sketsa atau sebagainya tentang kemedekaan ini.semua ada pengajaran yg sama di sebalik apa yg ingin di sampaikan itu.

Pada malam kemerdekaan tahun ini,aku tidak terlalu ghairah utk menyambutnya.cuma sekadar keluar bersama rakan,duduk minum di salah sebuah restoran di bandar.sehingga lah melihat jam di tangan,detik kemerdekaan telah masuk di ambangnya.suasana juga tidak terlalu meriah,mungkin sebab kemerdekaan kali ini di sambut dalam bulan puasa.

Apa yg aku ingin sampaikan di sini.bagaimana penghayatan sebenar dalam erti kata kemerdekaan ini!?adakah penghayatan kemerdekaan itu dgn merempit!?atau keluar bersama teman ke disko atau pub!?atau melepak di tepi jalan sambil menyaksikan mat rempit-mat rempit beraksi di jalanan!?atau menghadiri konsert anjuran!?bagaimana sebenarnya penhayatan kemerdekaan itu!?atau sekadar ucapan di bibir semata-mata.Selamat Hari Merdeka.pandainya aku berkata-kata.tapi,itulah hakikatnya.secara peribadi nya,semalam aku seoalah macam mentafsir,ada kah diri aku merdeka!?Mungkin.

Apabila melihat,segerombolan budak remaja berjalan kaki di tepi jalan,menuju ke Taman Asplanade.ada yg berkepala botak,ada yg berambut cacak di tengah.apabila aku melihat mereka,seolah-olah aku melihat aku sewaktu ketika dahulu.apa yg mereka perjuangkan!?aku pasti,pasti perjuangan sama seperti aku ketika dahulu.Jiwa memberontak.Entah apa yg di berontakan.pemikiran telah dijajah.bermakna,masih belum merdeka.

Adakah aku sekarang aku yg dulu!?adakah pemikiran aku sekarang masih di jajah seperti dahulu!?masih belum terjawab.kerana jika perjuangan dalam muzik adakah masih di kira belum merdeka!?masih lagi merenung.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...!!!

~wassalam~

18 Ogos 2009

.::BINATANG PELIHARAAN KU::.

Assalamualaikum...

Hai!~..teman² ku semua..apa khabar kamu semua!?di harap dlm keadaan sihat hendaknya...

Insya'ALLAH... ;)

Hari ini aku ingin berkongsi tentang kehadiran teman baru dlm hidup ku,iaitu arnab...

Haha~..arnab pun boleh di jadikan teman dlm hidup..hmm..tapi tidak salah kan,asal kan hati kita senang dgn apa yg kita lakukan...

Petang kelmarin,iaitu hari Ahad,m0k dan abahku ajak aku pergi kenduri di rumah kenalan nya di Tmn Sri Ku batu 12,kebetulan petang tu aku berada di rumah kerana tidak kemana-mana,jd aku pun mengikuti parents ku ke rumah kenalan nya itu...ada buat doa selamat katanya...

Di pendek kan cerita...ketika hendak pulang,ibu ku terperasan ada beberapa ek0r arnab di dalam sebuah sangkar kayu yg agak besar yg tergeletak di belakang rumah teman nya itu.Aku pun pergilah jenguk,rupa nya mmg ada beberapa ek0r arnab di dlm sangkar kayu itu.Aku mmg suka tgk benda² 'kiut' cam arnab tu.Aku saje je bunyi 'kan best kalu dpt bela seke0r..',sekali tuan rumah tu dgr,lalu mempelawa aku utk mengambil sek0r di antara arnab kepunyaan nya itu.Aku pun dgn muka yg tak berapa nak malu ni,terus pilih yg paling kecik sekali diantara arnab² dlm kandang itu..eh!..kandang ke sangkar!?Ah!..mana² jela..utk ku bawa blk. :p

Nama kenalan ibu aku tu kami adik-beradik panggil beliau Umie je,beliau kira bestfriend pd ibu aku ar,sbb dulu mereka sama² berkerja di sebuah taska berdekatan dgn tempat tinggal keluarga ku skrg...beliau mmg baik hati dan berhalus org nya.

Rupa² nya,arnab yg aku pilih tu arnab kesayangan milik anak bongsu nya,anak bongsu nya yg perempuan,umur lebih kurang 10thn.Alamak!..aku dah berkenan yg tu,adoi!..aku pun ckp laa,'tak pela,tak payah lah ambik,lain kali jela...',sekali Umie ckp,'tak pe Along,nanti ibu die yg besar tu akan beranak lg,tu pun tgh sarat mengandung tu...'.

Aku pun lekas² lah ambil arnab yg aku berkenan tu,masuk kan dlm k0tak dan terus ke kereta,takut² Umie ubah fikiran sruh ambik yg lain...haha~.. :D

Kat umah aku mana ada binatang peliharaan,baik kucing ke hamster ke,tak ada pun.Dulu pernah juga bela kucing..hmm..ibu tak suka,sbb kucing tu suka kencing merata,tak jadi bela,hantar ke kedai mkn berdekatan dgn rumah.

Jadi,ini lah entry aku kali ini,berkenaan dgn arnab.Dekat bawah aku ada sertakan gambar² arnab yg aku dapat dr Umie tu.Kenapa 2 ek0r!?Haha~..sbb,misti laa kena sepasang,baru laa keluarga berkembang...tak gitu!?Hehe~.. ;)

Nama gelaran pulak aku belum taruk lg,eh²..ada²..yg kecik tu arnab betina,aku panggil dia LuLu,ok tak nama tu!?Arnab jantan pulak aku belum tarok nama gelaran lg,entah..ibu aku panggil arnab yg jantan Black,sbb bulu ia warna hitam.Hmm..LuLu...apa nama pasangan yg sesuai ek!..!?Apa ye!..!?

balik dr rumah Umie tu terus aku ke kedai cari sangkar utk binatang peliharaan ku itu... ;)




kiut kan!?aku suka benda² kiut...geram... :D




~SeLaMaT DaTaNg kE TeRaTaK bARu wAHai aRnAb!!!~







14 Ogos 2009

.::BERKAT::.

Alhamdulillah...baru 7 bulan aku bekerja di syarikat Hai-O ni,gaji aku telah di naikkan sebanyak 2.5% dr gaji sebelum ini.Mungkin selain hasil usaha aku membuat kerja dgn keikhlasan mungkin juga hasil dari keberkatan orang² di sekeliling aku yg mendoakan kejayaan keatas ku.Terutama mak dan abah ku yg tersayang.Terima kasih mak dan abah. :)
Dgn kenaikan gaji ku ini,kerja aku juga telah bertambah.Tp,tdk bermakna kerja aku menjadi susah.Aku harap aku dpt memajukan diri lagi dlm pekerjaan ku supaya aku dpt kahwin cepat..ahaks.. :p tak ada lah,angan² je tu.Haha~.. :D
Dalam setiap kerja kita lakukan misti lah dgn ikhlas kerana ALLAH TAALA,betul tak!?
baru lah hidup kita berkat di sisi ALLAH TAALA.Insya'ALLAH.

~wassalam~

.::SEMAKIN PULIH::.

Assalamualaikum...

Masih igt tak pd seorang sahabat ku yg pernah terlibat dlm kemalangan pd bln MAC yg pernah ku ceritakan disini!?Alhamdulillah.Dia semakin pulih sekarang.
Baru-baru ini kami sekawan keluar bersama-sama,kami pergi maen game kat Capcom,pergi karaoke,pergi mkn lps tu pergi lepak di tepian pantai di Teluk Cempedak sambil mkn kuaci,di situlah tempat kami selalu riadah di setiap hujung minggu sewaktu ketika dahulu.Aku harap dia seronok.Hmm..ingatan dia msh belum pulih sepenuh nya,dia cuma igt sikit² je.Dia kerap bertanya kan aku tentang kejadian yg menimpa nya itu,sbb aku lah teman nya yg paling rapat yg dia msh igt.Tapi,syukur Alhamdulillah...dia juga msh igt pd teman² rapat nya yg lain.Tidak semua teman² nya sewaktu dia sihat dahulu dia igt nama dan rupa,mungkin pd yg rapat dgn beliau sebelum ini sahaja.Dia tidak seperti dulu lg.Banyak perubahan telah terjadi pd dia,dr segi wajah,perangai dan percakapan.Tapi kami sekawan terima nya dgn redha.Kami harap dia akan pulih sepenuhnya suatu hari nanti,Insya'ALLAH.Kami akan sentiasa doakan moga ALLAH s.w.t pulih kan ingatan sahabat kami itu sepenuhnya.Nanti kalau di izinkan ALLAH TALLA aku nak buat plan berbuka puasa bersama-sama,seperti tahun² sebelum ini,aku hrp ia berjaya lg pd tahun ini dgn sahabat² kami yg jauh juga akan turut serta menghadirkan diri nanti.Kami telah berjanji bahawa kami adalah sahabat sampai mati.

~wassalam~

11 Ogos 2009

.::Sejarah Berulang Kembali::.

Semua atas kehendak-Nya.Dugaan².
Baru-baru ini aku telah terlibat dlm perlanggaran kereta ketika aku 0utstasi0n ke Kuala Terengganu.Cuaca ketika waktu itu hujan sederhana lebat pada mlm hari,jam lingkungan 9-9:30 mlm,lokasi di Tok Jembal,Kuala Terengganu,jalan raya agak basah.
Bagaiamana kejadian berlaku!?
Ketika itu kebetulan di hadapan sana,jln apa nama aku tak ingat,ada berlaku satu perlanggaran juga.Kelajuan kereta aku bawa ketika itu 40km-50km sejam sahaja.Kereta dihadapan tiba² brek mengejut kerana kereta dihadapan nya juga brek secara mengejut,tetapi pelanggaran berlaku juga mungkin disebabkan jarakan kereta aku dgn kereta hadapan terlalu dekat,antara 10-15 meter sahaja.Walaupun aku telah tekan brek padle sepenuhnya,namun kereta tetap juga menggelongsor ke depan kerana jalan terlalu licin lalu melanggar belakang kerata sebuah kancil di hadapan kereta aku.Buumm!!!
Haha~..cuak tak yah ckp ar beb!..dlm hati macam² doa di baca...lps tu kereta park tepi...
agak teruk gak ar dpn kereta b0ss aku 2..haha~..aku mampu tepuk dahi jerk!.. :p
terangkat bonet dpn kereta b0ss aku tu,bumper dpn hampir gugur,mmpus aku,sah kne pt0ng gaji...huhu~.. ;) kereta b0ss aku bwa tu mahal gak laa...Perdana V6..Jeng³~..brp k0s baik pulih kereta tu agak nya!? :D

~Sekian~

.::TAHNIAH ADIK KU!::.

Assalamualaikum...
Tanggal 5hb Ogos baru² ini..adik aku no.2,Mohamad Shamsul Amin telah menerima anugerah cerpen pilihan terbaik antara negeri²...cerpen nya telah di anugerah kan jatuh no.2 utk pertandingan peringakat 13-15 tahun antara negeri.Cerpen nya yg betajuk 'Ombak Di Hati' telah di pilih utk di muat kan dlm buku cerpen² pilihan terbaik keluaran Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia.Buku itu bertajuk 'Kunci Gerbang Masa'.Pada aku mngkin itu adalah platf0rm yg baik utk se0rang yg bercita-cita ingin menjadi penulis seperti adik aku seorang ini.Majlis Penyampaian Hadiah Cerpen SM/SR 2008 itu telah di adakan di dewan DBP Kuala Lumpur.Aku tidak dapat menghadirikan diri bersama di konvensyen itu kerana urusan kerja.Apa² pun 'tahniah!' adik ku di atas penganugerahan mu itu,usaha dgn jaya lagi,Insya'ALLAH kamu mampu.Aku tahu kamu seorang adik ku yg berkeyakinan dalam sesuatu hal.Lagi pun,penulisan juga antara pilihan dalam idup mu.Kepada yg tersinggah dan terbaca coretan aku ini,boleh juga menyinggahkan diri di blog adk aku ini.
http://shamsulamin.co.cc/

Sekian.

10 Ogos 2009

.::TERIMBAU::.

Cewah!~..tajuk..cam terimbau kenangan cinta dah rase..
tapi bkn terimbau psl cinta,cerita ini mengenai sebuah perkenalan antara teman...
Ha!..saje nak berk0ngsi cerita...aritu,mse aku ikut b0ss aku 0ut-stasi0n,ada 1 cerita menggelikan hati aku gak ar..tapi,bkn niat aku nak m'aibkan b0ss aku atau sape²...cme nak bercerita...
Hmm..cam ni cite,aku xkenal sgt b0ss aku ni cam mna 0rg nya,maklum lah pekerja baru...yg aku tau beliau se0rang yg garang dan tegas,hehe~.. ;) aritu,sdg beliau asyik m'baca surat khabar di tempat duduk kereta belakang tiba² di campak nya surat khabar tu ke arah aku,aku duduk di sebelah beliau mase tu..b0ss aku ni se0rang perempuan...aku pun pelik lalu bertanya..'kenapa b0ss!?'
tiba² die buat bdn cam meremang,lps tu sebut 'Eee..'.aku pun belek ar satu persatu halaman muka surat khabar tu,0wh!..rupa nya gambar Eguana..b0ss aku pndang je,trus cam geli nak muntah..beliau terus suruh aku buang halaman muka surat yg ada gambar Eguana tu.Lps tu bg blk pd beliau surat khabar tu,se0lah-olah..gambar Eguana tu b0leh mel0mpat keluar dr surat khabar tu je dr segi gelagat beliau.aku gelak kecil je... :)

lps tu,sampai kami di destinasi,kami singgah mkn di sebuah rest0ran di area K.Terengganu tu...Haha~.. :D distitu ada lg cerita mencuit kan hati aku...b0ss aku tu sebut 'Eee..' lagi kuat²..habis 0rg sekeliling pndang dia..masa tu kami 4 0rg,b0ss aku,Manager aku,mmber b0ss aku,Mok La aku panggil dan aku.aku tgk b0ss aku tekup muka,aku pndang sekeliling,ada Eguana ke kat rest0ran ni!?rupa nya cicak...Haha~..lawak²...aku mmpu geleng kepala sambil tahan gelak je...
cicak tu tak ganggu b0ss aku pun,cuma beliau xleh pandang..geli..
mase tu laa aku terimbau kat s0rang mmber aku yg juga geli bila tgk cicak...haha~.. :D perlu ke aku sebut nama dia..haha~.. :p xperlu k0t,kang dia terbaca c0retan aku ni kang bengang lak dia nama dia jd bahan ejekan...tp,bkn nak mengejek,itu lah..ia buat kita t'igt..
aku igt lg mmber aku tu,bila dia nmpak cicak dia trus buat bdn meremang kegelian...mase tu aku baru kenali dia..aku pun apa lg,0h!..lupa nak bg tahu..mmber aku tu perempuan...aku apa lg,nyakat ar dia...
buat² tangkap cicak,lari kearah dia buat² cam cicak tu ada pd tgn kit0rg..bertempiaran mmber aku tu lari sambil terjerit-jerit..haha~..aku igt lg..Asapalela²..Ops!~..t'lps lak nama,ahaks.. :p
Hmm..kenapa kit0rg!?sbb mse tu aku rapat 3 org...aku ; mmber aku yg geli tgk cicak tu dan dia,sapa dia tu!?seorang yg pernah m'jd kwn baik aku sewaktu ketika dulu.
Hmm...maaf kalau cerita aku kali ni m'bosankan..saje nak m'c0ret,mngkin sbb xde byk bahan utk di coret...xpe,ade lg..sambung kat atas..Taniah Adik Ku..

05 Jun 2009

.::BERTUAHNYA AKU::.




~kek y adik sy buat~
(cantik kan!)

~p0se je ni,xti0p p0n lilin 2..hehe.. ;)~


~ucapan trima kasih ku kepada keluargaku y tercinta (~,^)~

04 Jun 2009

.::HARI INI ADALAH HARI KAU::.(puisi)

Tahukah kau bahawa hari ini adalah tarikh keramat buat kau...
Tahukah kau bahawa kau akan bakal menempuhi alam dewasa kau...
Tahukah kau bahawa tarikh seperti hari ini kau di lahirkan 22 tahun dahulu...
Siapa yang telah melahirkan kau!?
Adakah kau menghargainya!?
Cerminkanlah diri kau,tataplah wajah kau di cermin...
Berkata-katalah kau pada diri kau dalam cermin kau...
Bersyukurkah kau hari ini kau di beri kesempatan untuk merasai hari kau...
Tak perlulah kau merasa terkilan sekiranya hari kau hari ini tidak di ingati oleh teman-teman kau...
Tak perlulah kau bersedih hati di hari kau kali ini jika kau tidak dapat menghayatinya...
Cukuplah hanya ALLAH s.w.t dan keluarga kau mengetahui segalanya...
Tak perlulah kau mengharap hadiah atau ucapan istimewa di hari kau ini...
Tak perlulah kau berharap ada kejutan buat kau pada hari kau ini...
Cukuplah menghargai yang telah tersedia ada buat kau...
Berterima kasihlah kau pada Rabb mu...
Yang telah melindungi diri kau selama ini...
Telah berikan kesempurnaan fizikal seperti kau hari ini...
Alhamdulillah...

25 Mei 2009

.::TERUBAT RINDU::.

Assalamualaikum...

syukur Alhamdulillah...ALLAH s.w.t masih memberi aku kesempatan utk bertemu dgn seorg sahabat lama ku y agak lama aku tidak ketemui...
agak rindu sekali sama dia...
setelah kami bertemu,bermacam-macam cerita kami berkongsi bersama...
berterima kasih juga aku kepada sahabat aku,FATIN..kerana dia lah y memberi tahu aku tentang sahabat lama aku tu..terima kasih FATIN...
aku memang tidak menjangka y aku akan dapat bertemu dgn sahabat lama aku tu...
memang ALLAH s.w.t MAHA PENGASIH...kerana DIA kami bertemu kembali...
rindu ku pada sahabat lama ku itu kini telah terubat...
cuma ada sedikit kejanggalan..mungkin kerana sebab kami lama tidak bertemu dan bersua...
aku harap kami dapat seperti dulu kembali...

~WaSSaLaM~

17 Mei 2009

.::SELAMAT HARI GURU::.


Guru,
kau tidak jemu mendidik kami,
walau pun kami pernah mengabaikan mu...
Guru,
ketahuilah kau bahawa kau berharga buat kami,
tanpa diri mu siapalah kami...
Guru,
sesungguhnya setiap sesuatu kami mengenal,
adalah keikhlasan pengetahuan dari mu...
Guru,
jgn jemu m'd0akan kami,
kerana kami mahu perjalanan id0p kami sentiasa dgn berkat d0a dari mu...
Guru,
biar pun budi mu kami tidak di zahiri,
kami tetap sanjungi luhur budi dari mu...
Guru,
maaf kan lah anak murid mu ini,
y telah byk menaburi d0sa dari budi...
Guru,
izin kan lah kami meneruskan id0p kami,
dgn berkat pelajaran y kami fahami dari mu...
Guru,
trimalah ucapan trima kasih dari kami,
kerana telah mengerah tanaga utk kami...
Guru,
tidak beerti kami di sini tanpa diri mu sebelum ini.

~AiMaN~
pelajar SK GALING
pelajar SMK AIR PUTIH
pelajar SMK TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMAD
pelajar SMK CENDERAWASIH

'SeLaMaT HaRi GuRu buat semua y bergelar guru...!!!'

14 Mei 2009

.::TAK TAHU NAK CAKAP APA::.

Salam...
dulu aku pernah cite pasal persengketaan yg telah terjadi di antara aku dan mmber baik aku kat halaman di sini...dulu laa kitorg bersahabat baik..sekarang,bleh di katakan kami telah putus kawan...
yg pasti bkn aku y mula kan dulu...kes ni agak lame gak ar...
jadi,sekarang ade sedikit penambahan cerita...
kalau bleh aku mmg malas dah nak cite² pasal perkara y telah lps ni...perkara yg aku sendiri malas nak igt lg..tapi,perkara tu telah t'imbau kembali dlm ingatan aku setelah kian lama aku usir... aku tak bleh pendam sorg²...jd,aku nak gak m'gambarkan prasaan aku tentang tu kat sini...

Hmm...kami tak gado,kami cume selisih faham je..
tapi,aku tak kan lupe apa yg die dah buat terhadap aku...
aku bkn berdendam..aku p0n rase tak guna kalau aku nak berdendam...
cuma aku nak,pada sesiapa yg ade baca coretan aku ni..klau ade laa...aku nak korg menilai sendiri...patut ke tak patut...kes ini terjadi di antara sahabat baik...

Kes nye terjadi pd pertengahan thn,thn lps...
aku ngan sorg mamat ni kije skali..kije di sebuah kedai mkn kat area bandar...aku sebagai waiteres dan mamat tu bavarage...
die dah lame dah kije kat tempat tu...aku baru lg msk kije kat situ mase tu...
al-kisah nye..die ade kenal ngan sorg pelanggan p'puan kat situ..p'puan muda ar..
p'puan tu kije kat area kami b'kije tu laa...kire p'puan tu 'regular costomer' kami laa...
aku neh lak bkn jenis laki yg suke 'sorong-tarik'...so,aku tak brp lyn sgt ar p'puan neh...
bkn tak brp lyn cam mne,aku cam serius skit bab² pergaulan ngan p'puan ni..
Hmm..0k!..lps tu,ade la 1 hari tu..p'puan ni tegur aku..
aku tegur laa balik..adat ar tu,manusia..tegur-menegur...0k!..kami mula kenal gitu²...
beberapa minggu lps tu aku tak kije,aku amik cuti sbb kene ikut bapak aku pi 'out stasion'...
sbb bapak aku tak brp cihat waktu tu..dan bapak aku hrp sgt yg aku dapat tmn die..
s0,aku mohon cuti...
ada 1 aritu aku dpt 1 panggilan yg aku tidak kenali...aku pon jwb cam biase...
aku igt mmber² aku..rupe nye p'puan tu...aku terkejut gak...
bkn terkejut ape,terkejut mana die dpt nombor contact aku...
tp,aku dah agak dah...misti mamat tu yg kasi...
p'puan tu call aku tanye psl novel,die tau aku kaki novel,s0..die nak pinjam novel dari aku kate nye...aku pon ckp laa kat die aku tak kisah die nak pinjam novel aku...
tp,nnti laa aku kasi..sbb mse tu aku kat KL...
selang beberapa hari aku di KL,aku kembali ke Kuantan...
apabila aku kembali ke Kuantan,aku mula laa kije aku di restoran tu balik...
aku pon jumpe laa ngan p'puan tu...die ckp,mmg die nak sgt pinjam novel ngan aku...
keesokan nye aku bawa laa novel² aku bg pinjam kat p'puan tu...
sebelum pd tu,mase aku kat KL..aku dah berhubung ngan p'puan tu melalui SMS...
duk SMS ngan p'puan tu laa mse kat KL tu...biase laa,mula kenal...rancak laa sikit SMS nye...
tp,kire berhubung hanya sekadar kwn...tak lebih...
lps pd aku bg pinjam novel kat p'puan tu..agak kerap gak ar b'SMS ngan die...
biar pon hari² jumpe die kat tempat kije...mlm b'SMS plak...aku lyn jela...
sampai laa pd 1 hari tu...jeng..jeng..jeng...

Ha!..ni la point cite nye...
p'puan tu dah mula main perasaan ngan aku...
aku dah gelabah,tak tau plak bleh jd cam tu...
sampai lah aku dah jd serius ngan p'puan tu...
jd,mamat ni tak tau..sbb kitorg tak bagitau...
beberapa lme aku ngan p'puan menjalin kan hubungan,baru laa mamat ni dpt bau...
mamat ni pon tanye aku..aku pon tak kan nak bohong,,aku straight jela..
mamat tu pon ckp..bagus laa..tapi mamat tu ade nasihat skit kat aku...
die ckp,hati² skit ngan p'puan tu..p'puan tu lain skit..agak sosial kate nye..
aku syp je..

1 hari tu,aku tak ingat dah brp lme lps pd tu...
biase ar..org b'jiwang..misti ade selisih fhm skit..
aku ngan p'puan neh gado mulut...
lps tu..yg mamat ni plak pns punggung....
tak leh tgk aku srabut pale psl gado ngan p'puan tu...
biase laa,kawan baik kan...
die sound nye p'puan tu..ckp,jgn main perasaan aku ni...
aku tak tau pon yg die sound p'puan tu...
p'puan tu plak ngadu ke mrh ke aku tak tau,die ckp kat aku...
sampai hati mamat tu sound die mcm² sbb tgk aku srabut sampai kije tak b'jln...
lg la b'tmbah srabut aku,sbb ade org msk campur urusan aku...
tp,mmndangkan mamat tu mmber baik aku..
aku ckp baik ngan die...aku ckp,tak perlu lah msk campur antara aku dan p'puan tu,pandai la aku setel mslh aku sendiri...
aku mmg igt,aku ckp cam tu kat die..skali mamat ni cam terase aku ckp cam tu...
die pon blah bodo je kluar dr tempat kije,mse tu waktu kije...aku pon pelik ar kan...
b'mula pd hari tu la kami bersengketa...sbb,p'puan...
sbb p'puan..mamat tu buang aku sebagai mmber die...
aku dah cube selamatkan keadaan..sbb,aku lebih syg mmber lme dr p'puan yg aku baru kenali...
tapi,di sbb kan ke'ego'an manusia...keputusan telah pon di buat...
macam² terjadi...semua perasaan berbaur..sedih tak payah ckp ar...
ye ar..sbb kite syg mmber..kite sanggup mintak maaf supaya persahabatan terjalin kembali...
lupe kan perkara yg remeh tu...tapi..ye ar..kite hanya mmpu merancang sahaja...
di sbb kan perasaan di kawal oleh ke'ego'an...putus lah persahabatan di antara kami...
kerana,mamat tu telah beri amaran pad aku nahawa jgn ganggu hidop die lg,'pegi mmpos kau dari hidop aku'...aku msh igt ayat mamat tu...
di manakah masalah nya sebenar nya!?
di mana punca nya!?

~nnti sambung blk,letih b'fikir~

~SaLaM~

19 April 2009

.::AKU MANUSIA PELUPA::.

Assalamualaikum...

Adoyai!~..aku boleh lupe 17/04 baru² ni p0n ulangtahun kelahiran seorang mak angkat aku,SABARIAH...mak angkat ke!?ye kot!?lebih kurang ar...aku tak sambut p0n...tak igt lansung...manusia²...ish²!~...
dah la tak ada org igt kan aku...baik FiQ,ZaiM,K.IbaH..sape² ar...tak nak tlong igt kan kat aku p0n,manusia y pelupa ni...Dah laa..tak baik libat kan org..HeHe.. ;)
padahal sbnr nye aku masih igt 3hari sblm pd hari jadi mak angkat aku tu...siap igtkan pd LiLy ag,mmber baik aku tu..ank angkat pd UMIE SABARIAH tu gak,y paling disyangi ag..HeHe.. ;p
tapi nak buat cam mne kan..tak t'igt gak...
tapi ye ar..mak angkat aku tu misti agak t'kilan sedikit..seolah-olah aku cam dah makin lupe kan die...hmm...dah laa..mls nak fikir sgt...
Susah ape,beli jela apa² hadiah..seikhlas hati...hadiahkan pd beliau...lps tu ucap 'SeLaMaT HaRi JaDi..!!' bersertakan maaf sbb t'lwt bg ucapan...selesai masalah...Hahaha.. ;)

tgk ar cam mane...tgk keadaan...HeHe.. :D
0k!..selamat sekalian teman.

~WaSSaLaM~

18 April 2009

.::ULANGTAHUN KELAHIRAN SIAPA!?::.

My big boss....CDM PUAN NORIZAM BT HUSIN...
tapi bkn hari ni birthday die...15hb APRIL baru² ni...
ulangtahun kelahiran beliau y ke-43...ada cite nak di k0ngsi sikit neh...
hehe.. ;)

Sbnr nye aku p0n xtau y hari 2 birthday boss aku...
aku tau bile boss aku sendiri y bunyi...
pg tu beliau msk 0pis,lps tu beliau pelik,anak beliau sendiri x wish pape sempena birthday beliau hari tu...
aku p0n xtau hari tu birthday beliau...klau x aku dah wish dah...aku mmg suke wish² birthday 0rg neh....hehe...
lps tu,beliau sendiri y bunyi...'hei!korang buat xtau ye birthday mama arini....'
aku p0n hairan ar...aku t'tanya² pd diri sendiri..'birthday b0ss aku ke arini!?'
beliau p0n trus kluar dr 0pis...anak beliau y b'kije skali ngan aku...buat muka cam t'kejut lps 2 tutp mulut...rupe nye anak die sendiri p0n lupe ari tu birthday mama die...patut laa...
aku p0n trus tanye anak b0ss aku 2...'birthday mama ke arini..!?'..anak b0ss aku tu angguk kan kepala...aku p0n berbunyi...'s0!?'
ye ar..aku rse b0ss aku terkilan gak kan sbb 0rg buat xtau birthday beliau..apatah ag klau anak die sendiri buat² xtau time birthday die...hmm..n0 c0mment...

lps 2..baru laa kit0rg buat plan...nak sambut birthday b0ss aku 2...
kit0rg hello 0rg² kuat b0ss aku...rupe nye 0rg² kuat b0ss aku 2 dah plan rupe nye nak buat surprise party pd mlm tu...kit0rg ytanye ar..'nak buat surprise party cam mna!?'...
di0rg nak black 0ut kan 0pis...dan bwk kek dgn lilin bernyala dlm gelap...
kire plan sebenar nya tak dijangka sgt...tapi Alhamdulillah...ape y dijangka berjalan dgn lancar nye...

kit0rg collect duit,beli barang utk jamuan mlm tu...
gi msk umak M0K..M0K ni mak angkat kps MaMa..b0ss aku 2...
sume 0rg kluar,tinggal aku s0rg diri kat 0pis...

pada malam itu kitong ade metting sbnr nye...s0,0rang² luar p0n turut mnyertai meeting itu...
y best nye,aku ade buat performance pd mlm itu...aku main gitar...hehe.. ;)
aku main gitar lps 2 anak b0ss aku bace puisi...puisi tentang se0rg 'mama'...
aku main gitar dlm gelap beb!...memang best ar...hahaha.. ;p

aku p0n dah lame xbuat surprise party neh...
2 la aku..suke buat s'suatu di luar jangkaan...
ape² p0n mlm 2 mmg best...nanti aku upload kan gamb0² menarik pd mlm 2...
utk di kongsi kan dgn k0rg...klau k0rg nak berk0gsi laa...
HeHe.. ;)

~wassalam~

04 April 2009

.::HARI INI GENAP SEBULAN::.

Assalamualaikum...

Hari ni genap sebulan aku bekerja sebagai kerani...
tak sangka...agak susah juga untuk selesaikan segala tugas y telah diberikan...
biar pun aku rasa cam mudah...
dah laa hari ni aku buat hal...
hari ini aku terlewat...terlewat sejam...sbb mlm td tido lwt...
bkn sengaja tido lwt...tapi sbb mlm tadi ade motivasi kat stokis...
pukul 1:00am bru selesai...entah laa...nak kata alasan pon boleh gak...hmm...

Lepas tu hari ini,segala kerja tak dapat di selesaikan dgn mudah...
agak rumit..sbb aku sendiri y merumitkan...
sbb tangguh² kan kerja...adoyai!~...masalah betul...
kelam-kabut sekejap tadi...tu la akibat buat kerja 'last minute'...
tarik muka sekejap aku dgn akak sekerja dgn aku...
bkn apa,segala y dirancang dr awal..masih juga bermasalah...
tak fokus betul²...amik mudah...punca nya aku sendiri...

Dalam aku duk serabut kepala..aku terfikir gak apa y telah terjadi sebenar nya
adalah dugaan dari-Nya...aku redha..cuma,kalau boleh aku tak nak jadi cam ni lg...
aku y patut fokus betul²...jgn tangguh² kerja...jgn amik mudah sesuatu benda...

Y paling penting..jgn cpt gelabah & cpt melatah...
tu pasal aku jd tekanan sorang²...hehe.. :D
INGAT MAN...KO DAH BSR..PANDAI FIKIR APA PATUT BUAT...
ngee~... :D

itu je stakat neh!...
~Wassalam~

22 Mac 2009

.::MINTAK JASA BAIK KORANG::.

Telah sedia maklum...bahawa se0rang sahabat kami sekarang
masih terlantar di h0spital Kuantan,akibat kemalangan yg teruk.
Sahabat kami itu masih belum sedadarkan diri sepenuhnya
sejak dari hari kemalangan pada 08 MAC 2009 jam lebih kurang 2:15 am.
Kami sekawan mem0hon agar sahabat² di blog ini sama² mend0akan kesejahteraan kepada sahabat kami yg malang itu.
Nama nya Shahr0l Bin Zulkifli,berumur 22 thn.Sama² mend0akan moga ALLAH s.w.t cepat menyembuhkan beliau.Moga ALLAH s.w.t menyegarkan ingatan beliau seperti sediakala.
Insya'ALLAH.

Sekian.

~wassalam~

.::MELANGSAI HUTANG::.

Assalamualaikum...
Adoi~..saya suka menulis tapi sejak kebelakangan ni seperti kurang masa untuk menulis di blog...dah la ada hutang tertunggak,bukan hutang duit tapi hutang 'tag'...
hmm...jadi baik saya selesaikan hutang 'tag' saya dulu...saya kena 'tag' pada 07 MAC oleh kwn saya agak teserlah kesengalan nye,AiDa @ CeT...'sory' CeT sbb lambat balas 'tag',tak brapa nak ada masa laa..Hehe... :)
i - Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you
ii - At de end, choose 16 people to be tagged
iii - You have to tag the person who tagged you
iv - If i tagged you, its because i want to know more about you


16 random things, facts, habits or goals about me :

1-aku suke berkenalan,berangan,menyanyi,melayari internet & minat membaca...terutama n0vel,n0vel cinta lak 2..ngee!~...'heart t0uching'... :D
2-dimasa lapang aku lak,selain aku suke baca n0vel,aku suke 'hanging 0ut' ngan kwn²,gi kara0ke ngan di0rg,gi pantai...'release-tensi0n',gi 'sh0ping'..tapi kit0rg 'sh0ping' kat pasar malam aje..Hahaha...& aku suka 'travel' jauh²,cuti² Malaysia gitu..tapi stakat neh paling jauh aku pernah pergi,THAILAND jela,pasal ape pasal kg. aku kat KELANTAN..s0,senang jela aku nak gi THAILAND..aku msk cara haram,pasp0rt tak de..ape ag,berenang ke muara ar..Hahaha..kalau p0lis THAILAND nampak aku,mamp0s aku kene tembak b0dow jerk!..hua³~.. ;p
3-aku pandai maen gitar,maksud aku..petik gitar ar,cam Bapak Ramli Sarip 2,bkn bapak die,Ramli Sarip 2 la..tak kan k0rg tak kenal,kan 0rg panggil die Papa R0ck,kdg 2 ade gak 0rg panggil die Bapak Ramli Sarip,k0rg pernah tgk die petik gitar an!?Ha!..lebih kurang cam 2 ar ngan aku neh...cewah~..k0non,padahal 2,3 buah lagu je pandai petik..2 p0n lagu jiwang je,hanc0r lak 2..Hahaha..karat bangat...huhu~.. ;)
4-tabiat baik aku..melatah..bkn ape,aku kalau aku t'kejut ke t'jatuh ke kene langgar dgn keta ke..eh²!..2 tak pernah ag..mintak jauh-mintak jauh,kne langgar ngan basikal 2 pernah ar..hmm..aku kalau t'kejut ke ape ke kan..aku tak pernah sebut mende bkn²..mende baik je t'kluar dari ml0t aku neh!..tapi latah aku tak laa kritikal cam c CeT 2 an..die klau melatah..panjang lebar ayat yg t'kluar dari mul0t die..kan CeT kan,tak baik boh0ng..ha!..wakaka.. ;p
5-tabiat buruk aku..hmm..aku suke teng0k p'puan..maksud aku khusya ar..nak² aweks yg pakai baju kurung dan kepalanya b'litup dgn tudung...ayu je aku tgk,senyum sampai ke telinga tiap kali aku tgk p'puan pkai baju kurung...miang aku kan...eee..buat malu je.. ;p
6
-aku b'jiwa sastera..k0non..sbb ape,aku memang suke b'sastera..aku suke berpuisi,bersajak & berpantun..dari kecik ag aku mmg suke puisi..tapi tak pernah menang p0n dalam pertandingan zaman persek0lahan dulu...wakaka.. ;p tak pe la,dah tak de rezeki,nak buat cam mane kan..huhu~.. ;)
7-aku kadang² perasan encem@hands0me...tekel aweks tak pernah dapat p0n,dapat maki ade ar..ad0yai~..wah!cam Nabil RL la plak..tidak²..Memang!..aku memang prasan,yg aku neh prasan encem nak mamp0s..kalau ade aweks² yg prasan telah di 'adjust' oleh mamat yg prasan encem neh..maafkanlah die..k.sekarang die dah sedar dah diri die sape,die dah sedar yg muka die cam Farid Kamil..wakaka.. ;p (masih tak berubah!!!)
8-aku se0rg abang yg suke p0w adik² aku,tak kire ar..p0w duit ke,p0w enset ke,p0w kuih p0w di0rg ke..ape² ar..tapi,di0rg baek..di0rg memahami abg seperti aku neh!..Huh!..baik ape,baju² hav0c aku habis di kebas 0leh 2 0wg adik aku yg bijak lagi pandai 2..tinggal brape helai je baju aku skrg..hampeh~..sabor jela.. ;)
9-aku se0rg per0kok,patut ar CeT 2 dah menjauhi diri dari aku skrg,di sebab kan aku per0kok rupenye...tapi,sekurang² nye aku bkn perok0k tegar..lepas mkn je aku balun..dulu aku slalu beli r0kok k0tak,skrg aku dah tak beli r0kok dah,aku p0w je member² aku yg per0kok cam aku..tak payah kua duet beli r0kok dah...wakaka..pdn muka di0rg,sape sruh isap r0kok..Insya'ALLAH..aku akan berusaha berhenti tabiat yg merugikan duit dan masa ni..dulu aku pernah berhenti dah,hampir 5 bulan aku berhenti mer0kok,aku isap balik sbb 1 aritu 2 aku 'stress' giler..r0kok jd sasaran aku..ish³~..tak putut-tak patut..skali isap terus ketagih tahap gaban...sampai skrg masih isap lagi,sl0w²..r0kok neh xleh berhenti mendadak..sbb paru² dah biasa dgn asap,s0..kurang² kan dlu sebelum berhenti spenuhnya.. (alasan!) ;p
CeT!
..kita kan dah janji 'friends 4 ever'..Hmm.. ;(
10
-aku se0rg 'br0therhood' terhadap sahabat² aku...sbb aku sayang sahabat² aku,aku akan sentiasa ada untuk mereka jika mereka memerlukan aku...sekali kita berkawan,selamanya kawan...itulah aku dan teman²...Insya'ALLAH... :D
11-aku juga se0rg yg panas baran...'h0t temperature' kate akak angkat aku...klau ade yg tak kene skit terus melenting...tapi,baran aku cepat sejuk..kejap je aku bengang..biase aku bengang tak lebih dari 24jam...sbb,dalam aku bengang,aku akan scan balik diri aku,ape penyebabnye yg m'buatkan aku bengang... :)
12
-aku suke budak tecik..bdk tecik 2 bdk kecik laa..nak² dak p'puan..geram sgt²..c0meyl je di0rg an..rase nak kiss² je kat pipi di0rg yg c0meyl 2..nasib anak 0rg...klau tak nak je aku 'kidnap'...Hehe..Dulu aku ade s0rg adik angkat p'puan,PuTeRi name manja nya..c0meyl giler..tapi,skrg die dah pindah JB..aritu PuTeRi skluarga ade dtg umah,tapi aku tak de,aku kije time 2..ibu aku plak tak call p0n aku gitau PuTeRi dtg umah,aku windu giler die.. :)
skrg aku ade suke kat s0wg adik kpd mmber baek aku...FaTiN HaNaNi name nye..aku panggil die 'adeq AteN'..c0meyl sgt..um0 adeq AteN 2 5 taun..aku jadi kan die adik angkat aku,syg giler² kat die..kat adeq AiMaN aku syg gak,AiMaN 2 abg kpd c adeq AteN neh,um0 7 taun...lme gak aku tak jmpe di0wg,ade kat sebulan aku tak jmpe di0wg neh!..ade mse aku call laa di0wg tanye khabar,melepas windu kate 0rg...aku p0n tak tau nape aku suke sgt kat bdk² tecik...mungkin aku tak sabar nak ade anak sendiri k0t..wakaka...gatai!.. ;p
13-aku suke dgr radio/muzik...muzik itu seni ; seni itu hid0p...ayat suci Al-Quran p0n ske dgr gak..2 wajib..kita kan umat ISLAM... :)
14
-aku suke buat sesuatu di luar jangkaan...sesuatu yg aku tak rancang dari awal...tapi aku berfikir dulu sebelum bertindak...berfikir patut ke tak patut aku buat..hehe.. ;)
15-aku ade sikap suka ingin mengetahui tentang ses0rg...t'utama dalam proses perkenalan...ia mebuatkan aku 'suspend' se0rg diri...meng0ng.. ;p
16-aku se0rg manusia yg biasa,yg beperasaan,suke berteka-teki & kadang² suke berdendam.
Juga se0rg yg slalu gagal dalam percintaan.Itu je k0wt stakat neh! :D

so..next 16 people yg aku nk tag....

1-kalau

2-ade

3-sape

4-yang

5-nak

6-kene

7-tag

8-bagitau

9-kat

10-aku

~wassalam~