.::KATA SAPAAN DARI AIMAN::.

.::DENGAN NAMA ALLAH Y MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG::.

.::SELAMAT DATANG KE BLOG AIMAN::.

~'MENDENGAR' ; 'MEMIKIR' ; 'MENULIS' KEMUDIAN 'MERENUNG' ITULAH SAYA,MOHD SULAIMAN~

11 September 2009

.::BERBUKA::.

Assalamualaikum...
Wah!..sungguh tiada sedikit masa skrg utk update blog,cuma kadang ada sedikit kesempatan singgah di blog kenalan utk mengetahui sedikit perkembangan terbaru...

Entry aku kali ini cerita tentang berbuka puasa...

Minggu lepas,eh! minggu lepas ke!?Hari Ahad baru² ini,06 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430H...tak kira la minggu lps ke minggu ni,aku dan beberapa orang sahabat² terdekat aturkan 'plan' buat majlis berbuka puasa di padang...tp,bkn di padang Masjid Sultan Ahmad Shah yg selalu orang pergi tu,kat padang masjid tu aku dah berbuka dah kat situ dgn keluarga aku puasa kali ini...padang aku dan sahabat² terdekat aku ni berbuka di padang stadium,mula nya 'plan' mmg bercadang nak berbuka di padang masjid sana tu,tetapi keadaan tidak mengizinkan sbb antara sahabat kami ada berniaga di bazar Ramadhan stadium tu,jd nanti terkejar pulak klau nak berbuka di padang masjid yg jauh sayup dr tempat diorang berniaga...
Sebenar nya 'plan' di buat secara mengejut,mlm sebelum tu lps terawih,kami lepak di warung tempat biasa kat kampung kami,mase tu baru la baru kami putus kan nak buat majlis berbuka puasa pd keesokan hari nya...semua angguk kan kepala je...kira ni bukan secara rasmi la kami aturkan majlis berbuka puasa utk kami sekawan pd thn ini...Insya'ALLAH,nanti kalau di izin kan ALLAH,kami tunggu sahabat kami,lagi 2 org pulang ke kampung dlm masa terdekat ni,dan kami akan buat lg 1 majlis berbuka beramai-ramai di mana-mana tempat yg berminat...mmg pada setiap thn kami sekawan akan ada kan majlis berbuka puasa bersama setiap kali bulan Ramadhan...bukan apa,mana tahu mungkin 1 hari nanti kami akan bawa haluan masing²,dan mungkin tiada lagi kesempatan utk bersama...jd,sekurang-kurang nya kami telah cipta 1 kenangan bersama...
0k!..aku malas nak merapu lebih²...nanti kata nya aku syok sendiri plak...haha~ :D
di bawah ini aku lampirkan beberapa keping gambar pd hari aku dan sahabat terdekat aku tu berbuka di padang....bukan selalu kami dapat macam ni...



~sebelum 3 org sahabat kami selesai berniaga~

~mcm berkelah di tepi pantai je..hehe~
~3 org sahabat kami telah selesai berniaga telah menghadir kan diri~

~bazar Ramadhan kat blakang tu je,nampak tak!?~

~Selamat Berpuasa!!!~

Sebenar nya ramai lagi sahabat kami,lebih kurang 9-10 org yg tidak dapat hadir kan diri walau pun telah di maklum kan.Tak apa,Insya'ALLAH...ada rezeki buat lagi.Sekian.

~WaSsaLaM~

09 September 2009

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

04 September 2009

.::ASTARGHFIRULLAH::.

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini teman aku di blog semakin bertambah,Alhamdulillah...
Selamat berkenalan semua... ;)
Tapi,aku bukan nak cite psl teman aku di bl0g,aku nak cite perkara yg bagi aku amat menjijikan,Astarghfirullah halazim...
sememang nya aku tidak sengaja melakukan zina mata di bulan Ramadhan yg mulia ini...

Cerita nya bermula begini...

Mula nya aku sebenar nya ingin mencari perkataan 'Cannibal' utk pastikan ejaan sebenar,buat balas k0men kwn baik aku di MySpace.com.Jadi,tanpa teragak-agak utk mencari ejaan sebenar,aku taip la di ruang 'search' di Google tu 'orang makan orang',Astarghfirullah.Tanpa sengaja,dalam banyak² gambar terpapar,terkeluar lah gambar seorang wanita yg ingin disembelih dalam keadaan tanpa seurat benang.Astarghfirullah.Batalkah puasa aku setelah melihatnya!?Memang,memang benar,sepatut nya aku tak perlu meneruskan 'exploration' aku itu,tapi keingingan aku utk mengetahui apa yg bakal terjadi pd wanita itu amat tinggi.Berfikiran nafsukah aku!?Lalu,aku ter'klip' la pada gambar seorang perempuan dipegang oleh beberapa jantan keparat,yg berhati binatang.Astarghfirullah.Nyawa manusia di umpamakan seperti nyawa binatang.Setalah aku mengetahui apa yg telah terjadi,cepat-cepat aku tutup gambar² tersebut.Lalu aku termenung,memandang kosong ke tingkap.

Benar!dalam dunia ini tiada apa yg mustahil.Ini kali pertama mata ini melihat gambar² kekejaman seperti itu.Perasaan ingin termuntah semua berbaur.Hanya orang yg kuat semangat sqhaja boleh tengok.Tapi,pd aku,kepada umat ISLAM tidak lansung di galakan.Perkara sebegini seharusnya di rujuk kepada ustaz²,alim ulama,dan ahli Tasauf.Mereka lebih arif dalam hal ini.Pasti ada hukumnya.

Ya ALLAH..aku tak sanggup lagi menceritakan nya.Dunia MU ini sudah fana.Kejam nya manusia terhadap manusia.Apakah ini kehendak Mu Ya ALLAH.
Ya ALLAH!Ampunkan dosa hamba Mu ini Ya ALLAH.Ampunkanlah!!! ;'(

~wassalam~

01 September 2009

.::SALAM KEMERDEKAAN::.

Assalamualaikum...
Selamat Hari Merdeka..semua... :)


Adoi!~..lambat betul aku buat ucapan kemerdekaan...hehe~.. :D

Rupa nya dah 52 thn negara kita merdeka.Rupa nya!?bermakna ada yg masih tidak sedar,negara kita dah 52 thn merdeka.aku lah org nya tu.tidaklah,aku dah sedar lama dah,cuma ayat 'rupanya' tu,saja pakai.baiklah!..cakap psl kemerdekaan,makna sebenar kemerdekaan itu apa!?hmm...kemerdekaan..bebas dari penjajah,harmoni,aman,kemakmuran.ada lagi!?itu saja!?

Mungkin itu makna kemerdekaan.kalau erti nya pula bagaimana!?

Pandangan orang berbeza-beza tentang erti kemerdekaan ini.baik yg kanak-kanak,dewasa serta yg lanjut usia.masing-masing ada pandangan tersendiri tentang erti kemerdekaan.pada aku pula,secara peribadinya.aku telah byk menonton filem,cerita,sketsa atau sebagainya tentang kemedekaan ini.semua ada pengajaran yg sama di sebalik apa yg ingin di sampaikan itu.

Pada malam kemerdekaan tahun ini,aku tidak terlalu ghairah utk menyambutnya.cuma sekadar keluar bersama rakan,duduk minum di salah sebuah restoran di bandar.sehingga lah melihat jam di tangan,detik kemerdekaan telah masuk di ambangnya.suasana juga tidak terlalu meriah,mungkin sebab kemerdekaan kali ini di sambut dalam bulan puasa.

Apa yg aku ingin sampaikan di sini.bagaimana penghayatan sebenar dalam erti kata kemerdekaan ini!?adakah penghayatan kemerdekaan itu dgn merempit!?atau keluar bersama teman ke disko atau pub!?atau melepak di tepi jalan sambil menyaksikan mat rempit-mat rempit beraksi di jalanan!?atau menghadiri konsert anjuran!?bagaimana sebenarnya penhayatan kemerdekaan itu!?atau sekadar ucapan di bibir semata-mata.Selamat Hari Merdeka.pandainya aku berkata-kata.tapi,itulah hakikatnya.secara peribadi nya,semalam aku seoalah macam mentafsir,ada kah diri aku merdeka!?Mungkin.

Apabila melihat,segerombolan budak remaja berjalan kaki di tepi jalan,menuju ke Taman Asplanade.ada yg berkepala botak,ada yg berambut cacak di tengah.apabila aku melihat mereka,seolah-olah aku melihat aku sewaktu ketika dahulu.apa yg mereka perjuangkan!?aku pasti,pasti perjuangan sama seperti aku ketika dahulu.Jiwa memberontak.Entah apa yg di berontakan.pemikiran telah dijajah.bermakna,masih belum merdeka.

Adakah aku sekarang aku yg dulu!?adakah pemikiran aku sekarang masih di jajah seperti dahulu!?masih belum terjawab.kerana jika perjuangan dalam muzik adakah masih di kira belum merdeka!?masih lagi merenung.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...!!!

~wassalam~

18 Ogos 2009

.::BINATANG PELIHARAAN KU::.

Assalamualaikum...

Hai!~..teman² ku semua..apa khabar kamu semua!?di harap dlm keadaan sihat hendaknya...

Insya'ALLAH... ;)

Hari ini aku ingin berkongsi tentang kehadiran teman baru dlm hidup ku,iaitu arnab...

Haha~..arnab pun boleh di jadikan teman dlm hidup..hmm..tapi tidak salah kan,asal kan hati kita senang dgn apa yg kita lakukan...

Petang kelmarin,iaitu hari Ahad,m0k dan abahku ajak aku pergi kenduri di rumah kenalan nya di Tmn Sri Ku batu 12,kebetulan petang tu aku berada di rumah kerana tidak kemana-mana,jd aku pun mengikuti parents ku ke rumah kenalan nya itu...ada buat doa selamat katanya...

Di pendek kan cerita...ketika hendak pulang,ibu ku terperasan ada beberapa ek0r arnab di dalam sebuah sangkar kayu yg agak besar yg tergeletak di belakang rumah teman nya itu.Aku pun pergilah jenguk,rupa nya mmg ada beberapa ek0r arnab di dlm sangkar kayu itu.Aku mmg suka tgk benda² 'kiut' cam arnab tu.Aku saje je bunyi 'kan best kalu dpt bela seke0r..',sekali tuan rumah tu dgr,lalu mempelawa aku utk mengambil sek0r di antara arnab kepunyaan nya itu.Aku pun dgn muka yg tak berapa nak malu ni,terus pilih yg paling kecik sekali diantara arnab² dlm kandang itu..eh!..kandang ke sangkar!?Ah!..mana² jela..utk ku bawa blk. :p

Nama kenalan ibu aku tu kami adik-beradik panggil beliau Umie je,beliau kira bestfriend pd ibu aku ar,sbb dulu mereka sama² berkerja di sebuah taska berdekatan dgn tempat tinggal keluarga ku skrg...beliau mmg baik hati dan berhalus org nya.

Rupa² nya,arnab yg aku pilih tu arnab kesayangan milik anak bongsu nya,anak bongsu nya yg perempuan,umur lebih kurang 10thn.Alamak!..aku dah berkenan yg tu,adoi!..aku pun ckp laa,'tak pela,tak payah lah ambik,lain kali jela...',sekali Umie ckp,'tak pe Along,nanti ibu die yg besar tu akan beranak lg,tu pun tgh sarat mengandung tu...'.

Aku pun lekas² lah ambil arnab yg aku berkenan tu,masuk kan dlm k0tak dan terus ke kereta,takut² Umie ubah fikiran sruh ambik yg lain...haha~.. :D

Kat umah aku mana ada binatang peliharaan,baik kucing ke hamster ke,tak ada pun.Dulu pernah juga bela kucing..hmm..ibu tak suka,sbb kucing tu suka kencing merata,tak jadi bela,hantar ke kedai mkn berdekatan dgn rumah.

Jadi,ini lah entry aku kali ini,berkenaan dgn arnab.Dekat bawah aku ada sertakan gambar² arnab yg aku dapat dr Umie tu.Kenapa 2 ek0r!?Haha~..sbb,misti laa kena sepasang,baru laa keluarga berkembang...tak gitu!?Hehe~.. ;)

Nama gelaran pulak aku belum taruk lg,eh²..ada²..yg kecik tu arnab betina,aku panggil dia LuLu,ok tak nama tu!?Arnab jantan pulak aku belum tarok nama gelaran lg,entah..ibu aku panggil arnab yg jantan Black,sbb bulu ia warna hitam.Hmm..LuLu...apa nama pasangan yg sesuai ek!..!?Apa ye!..!?

balik dr rumah Umie tu terus aku ke kedai cari sangkar utk binatang peliharaan ku itu... ;)




kiut kan!?aku suka benda² kiut...geram... :D




~SeLaMaT DaTaNg kE TeRaTaK bARu wAHai aRnAb!!!~







14 Ogos 2009

.::BERKAT::.

Alhamdulillah...baru 7 bulan aku bekerja di syarikat Hai-O ni,gaji aku telah di naikkan sebanyak 2.5% dr gaji sebelum ini.Mungkin selain hasil usaha aku membuat kerja dgn keikhlasan mungkin juga hasil dari keberkatan orang² di sekeliling aku yg mendoakan kejayaan keatas ku.Terutama mak dan abah ku yg tersayang.Terima kasih mak dan abah. :)
Dgn kenaikan gaji ku ini,kerja aku juga telah bertambah.Tp,tdk bermakna kerja aku menjadi susah.Aku harap aku dpt memajukan diri lagi dlm pekerjaan ku supaya aku dpt kahwin cepat..ahaks.. :p tak ada lah,angan² je tu.Haha~.. :D
Dalam setiap kerja kita lakukan misti lah dgn ikhlas kerana ALLAH TAALA,betul tak!?
baru lah hidup kita berkat di sisi ALLAH TAALA.Insya'ALLAH.

~wassalam~

.::SEMAKIN PULIH::.

Assalamualaikum...

Masih igt tak pd seorang sahabat ku yg pernah terlibat dlm kemalangan pd bln MAC yg pernah ku ceritakan disini!?Alhamdulillah.Dia semakin pulih sekarang.
Baru-baru ini kami sekawan keluar bersama-sama,kami pergi maen game kat Capcom,pergi karaoke,pergi mkn lps tu pergi lepak di tepian pantai di Teluk Cempedak sambil mkn kuaci,di situlah tempat kami selalu riadah di setiap hujung minggu sewaktu ketika dahulu.Aku harap dia seronok.Hmm..ingatan dia msh belum pulih sepenuh nya,dia cuma igt sikit² je.Dia kerap bertanya kan aku tentang kejadian yg menimpa nya itu,sbb aku lah teman nya yg paling rapat yg dia msh igt.Tapi,syukur Alhamdulillah...dia juga msh igt pd teman² rapat nya yg lain.Tidak semua teman² nya sewaktu dia sihat dahulu dia igt nama dan rupa,mungkin pd yg rapat dgn beliau sebelum ini sahaja.Dia tidak seperti dulu lg.Banyak perubahan telah terjadi pd dia,dr segi wajah,perangai dan percakapan.Tapi kami sekawan terima nya dgn redha.Kami harap dia akan pulih sepenuhnya suatu hari nanti,Insya'ALLAH.Kami akan sentiasa doakan moga ALLAH s.w.t pulih kan ingatan sahabat kami itu sepenuhnya.Nanti kalau di izinkan ALLAH TALLA aku nak buat plan berbuka puasa bersama-sama,seperti tahun² sebelum ini,aku hrp ia berjaya lg pd tahun ini dgn sahabat² kami yg jauh juga akan turut serta menghadirkan diri nanti.Kami telah berjanji bahawa kami adalah sahabat sampai mati.

~wassalam~